REZEKI ada di mana-mana, yang penting ialah berdoa dan berusaha. Kata-kata itu dipegang oleh Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, balu Allahyarham Abam Bocey. Setelah kematian mengejut Abam (Syed Umar Mokhtar al-Juffrey Syed Mohd Redzuan) pada 10 Februari 2020 lalu, Hidayah megambil keputusan untuk pulang ke kampungnya di Sabak Bernam, Selangor. : KitaReporters
Hidayah (kanan) berjualan cempedak goreng sejak awal Julai 2020. - Kredit foto: IG hidayah-abam
Dia membantu ayahnya berjualan ubat alternatif di samping melakukan perniagaan dalam talian termasuk pembuatan kek dan menjual tepung segera (instant) untuk buat kuih jala cokelat dengan jenamanya Hidayah Abam.
Dan sejak awal Julai Hidayah melakukan satu lagi perniagaan iaitu berjualan cempedak madu goreng dinamakan cempedak madu goreng Abam dari jam 11 pagi hingga 6 petang di gerai tepi jalan di bandar Sabak Bernam berhadapan Klinik Appu.
Hidayah sendiri yang menggoreng cempedak dengan dibantu oleh seorang saudaranya.
Mengetahui balu Abam yang berjual menyebabkan cempedak madu gorengnya laris.
Mengetahui balu Abam Bocey yang berjualan menyebabkan ramai yang berkunjung ke gerainya, sekali gus menyebabkan cempedak yang digoreng sentiasa tidak bertahan lama.
Cempedak itu dijual pada harga RM2 untuk 4 biji. Di samping itu, dia turut menjual bubur jagung.
Hidayah giat berniaga setelah anaknya semakin meningkat usia. Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey (Uthman) kini sudah berusia setahun sebulan.
Hidayah turut menjual tepung instant roti jala cokelat berjenama Hidayah Abam
Ketika ulang tahun pertama Uthman pada 14 Jun 2020, Hidayah menghadiahkan sebuah kereta mainan bersaiz besar. Ia sebagai menunaikan impian Abam untuk memberi hadiah sedemikian kepada Uthman.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. - KitaReporters
Tags: