MASA INI selepas beberapa bulan dunia ‘diserang’ pandemik COVID-19, pemakaian pelitup muka sangat digalak dalam kalangan rakyat terutama di kawasan sesak bagi kurangkan risiko. Pemakaian pelitup berkenaan dianggap perkara wajib setiap kali melangkah ke keluar dari rumah dan inilah norma baharu yang diamalkan oleh rakyat kita sepanjang masa. : KitaReporters
LASKHAMAN KUMAR menunjukkan roti canai menyerupai penutup muka sebagai meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pemakaian penutup muka. Foto Kredit Times Of India.
Namun ada juga menganggap pemakaian pelitup muka itu sebagai menyusahkan.
Situasi sama turut berlaku di India kerana rakyatnya menganggap pemakaian penutup muka itu tidak penting.
Keadaan itu mendorong seorang pemilik restoran di Madurai, India menginovasi menu makanan di restoran miliknya dengan sesutu yang lebih moden bagi menarik perhatian pelanggan.
Tindakan berkenaan dilakukan sebagai menaikkan kesedaran masyarakat dengan memperkenalkan roti canai terbaru iaitu “roti canai facemask”.
Pemilik restoran di Hotel Temple City, K. Lakshmana Kumar yang dipetik Times of India sebagai berkata, idea untuk mencipta roti canai itu disebabkan masih ramai penduduk di Madurai memandang mudah tentang pemakaian pelitup muka dan yang langsung tidak memakai penutup tersebut.
SEMAKIN mendapat perintaan yang tinggi selepas roti canai diinovasi dalam rupa yang baharu.
“Walaupun diwajibkan untuk memakai topeng, saya lihat masih ramai yang melanggar peraturan tersebut.
“Saya mahu pihak kami melakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelitup muka ini,” katanya.
Kini ramai
yang melihat hidangan itu sebagai sesuatu yang kelainan, sekali gus memberi kesedaran mengenai kepentingan memakai
pelitup muka.
“Jadi,
secara tidak langsung dia yakin orang ramai akan terbiasa dan faham dengan
fungsi serta kepentingan memakai penutup muka,” ujarnya lagi.
KESUNGGUHAN pemilik restoran untuk meingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemakaian penutup muka semakin mendapat perhatian masyarakat setempat.
Hidangan
tersebut dijual dengan harga RM2.83
sebiji.
Semoga kesungguhan lelaki tersebut memberi kesedaran kepada penduduk lain tentang pentingnya penggunaan pelitup muka berkenaan.
Semoga kempen ini menguntungkan pengusaha khususnya dan masyarakat amnya!! - KitaReporters