BAGI sesiapa yang mengikuti perkembangan Man Raja Lawak atau nama penuhnya Abd Rahman Kasim, 43, pasti anda semua tahu yang dia kini sudah berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 30 kilogram. Man mengambil masa selama tiga bulan untuk menurunkan berat badan dari 98 kilogram kepada 68 kilogram. Menurut Man, dia hanya menjaga pemakanan dan mengambil minuman kesihatan berperisa koko. : KitaReporters
Man berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram dalam masa tiga bulan.
Berikutan perkembangan terbaharunya itu, ramai peminatnya teruja untuk jadi sepertinya.
Justeru, prihatin dengan keterujaan para peminat, menurut Man dia mencari 10 orang warga Kuala Lumpur yang bertuah untuk mendapat tajaan minuman coklat tersebut.
“Saya mencari 10 orang warga KL untuk ditaja selama
3 bulan dengan syarat berat melebihi 90kg ke atas, lelaki/wanita 16
tahun ke atas dan kongsi video saya dalam Instagram korang dan wajib letak
#kembalikankeyakinandiri serta follow @cococurv_hq dan tag @manrajalawak,”
tulisnya dalam akaun Instagramnya.
Tawaran itu akhirnya mendapat sambutan hangat dariada peminat dan pengikutnya dalam media sosial.
Dalam keterujaan mendapatkan tajaan, timbul pula
perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen yang menyertai tawaran tersebut.
Puncanya apabila Man dan pihak penaja didakwa seakan-akan
bermain ‘wayang’ dengan melengah-lengahkan pencarian 10 orang bertuah yang
dicari.
“Maaf, lambat bagi tahu. Amanah terakhir juri tak sanggup nak pikul takut nanti kena merangkak kat padang masyar.
"Jadi, abg terpaksa buat pilihan sendiri.. syarat mudah jer syar.. jadi abang terpaksa buat pilihan sendiri.
"Syarat mudah je iaitu korang buat video 30 saat wajib sebut ‘saya nak minum cococurv kerana ..................................... kembalikan keyakinan diri dan tag @manrajalawak @cococurv_hq. Keputusan jam 9 malam ini,” tulisnya.
Pelbagai aturan dan syarat baharu dikenakan bagi
mendapat tajaan tersebut sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen.
“Aturan dan syarat nak menang boleh ubah-ubah ikut juri ya?
"Mula-mula repost video, lepas tu letak gambar, kali ini video. Kena cakap dengan juri tambah lagi pemenang kalau macam itu.
"Pemilihan orang yang terakhir macam banyak hal pula,” tulis salah seorang netizen.
Seorang netizen tidak berpuas hati dengan aturan dan syarat yang baharu.
Manakala seorang lagi netizen menjelaskan aturan dan
syarat baharu yang dikenakan itu merupakan strategi pihak penaja melambat-lambatkan
pemberian tajaan bagi mempromosikan produk yang dijual.
“Dia saja lambat-lambatkan, nak promosi lebih. Kalau nak kurus, diet dan senaman je,” celah seorang netizen.
Dakwa seorang netizen lagi, pihak penaja sengaja melambat-lambatkan tempoh peraduan.
Sementara itu, bagi menjawab persoalan netizen yang tidak berpuas hati, Man menjelaskan dia tidak pernah memaksa sesiapapun untuk menyertai peraduan tersebut.
Tegas Man, andainya tidak tercalon antara 10 orang yang bertuah, netizen kena reda kerana bukan rezeki.
“Patut reda je. Kalau ada rezeki, memang tak salah
alamat. Kan rezeki Allah itu luas. Kena yakin. Kalau tiada, cuba lagi dan
jangan putus asa.
“Saya tak paksa pun sesiapa nak masuk. Saya ikhlas nak membantu. Takde minta lebih-lebih.
"Cuma yang berusaha dan tak pernah putus asa pasti Insya-Allah berjaya. Mohon maaf ya akak kalau akak rasa dipermainkan,” jelas Man.
Berikutan rasa tidak tidak puas hati netizen itu,
jelas Man dia seakan-akan serik untuk membantu orang ramai lagi.
“Akak janganlah ambil serius sangat, benda pun nak gembira-gembira je. Lepas ini, saya tak payah buat apa-apa lagi. Nak bantu orang pun kena marah,” ujar Man.
Semoga kemelut dan kontroversi yang berlaku dapat
diselesaikan dengan baik. Artis dan peminat saling memerlukan. Tanpa peminat,
siapalah artis. - KitaReporters