Selera & Santai 19 Oct, 2021

Video| Tasik Widuri lokasi cantik! Sayangnya, kemudahan asas belum cukup! PBT tolonglah tengok!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Bersedia untuk mendayungkayak berdiri di Tasik Widuri, Taman Widuri, Bukit Beruntung, Hulu Selangor.


SEBUT saja Tasik Widuri, pasti orang Bukit Beruntung, Hulu Selangor, mengenalinya. Apa tidaknya, lokasi riadah itu kini menjadi tumpuan orang ramai terutama yang meminati  keindahan alam semula jadi.

Lokasi popular yang menyediakan tempat riadah  yang sesuai untuk sesi keluarga itu boleh dijadikan tempat menenangkan fikiran selain menjadi mengeratkan hubungan keluarga dan sahabat handai sambil menikmati keindahan semula jadi yang ada di bumi Selangor.

Semestinya Tasik Widuri menjadi kawasan paling sibuk pada hujung minggu dan cuti umum bagi mereka yang inginkan ketenangan selain bebas daripada hiruk-pikuk kesibukan bandar selepas penat mencari rezeki.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tempat riadah


Santai menikmati keindahan alam yang ada di Tasik Widuri.


Tasik yang terletak di kawasan perumahan di sekitar Rawang ini bukan sahaja sesuai dijadikan tempat riadah penduduk setempat tetapi kini mula menjadi tumpuan ramai pengunjung dari luar Bukit Beruntung.

Pengunjung yang datang bukan sahaja boleh melepak sambil melihat keindahan tasik biru yang luas terbentang sambil berpeluang menjamu selera di warung-warung kecil yang dibangunkan sendiri penduduk tempatan.

Sambil menghirup udara segar apa kata pekena teh tarik secawan bersama mi goreng sambil mendengar kicauan burung-burung bebas berterbangan... Oh bahagianya hidup!

Bukan sekadar itu, pengunjung juga berpeluang mengelilingi tasik dengan menaiki bot yang dikendalikan oleh warga tempatan juga dengan harga yang masih mampu iaitu RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Murah kan?


Jeti lokasi menunggu bot untuk dibawa mengelilingi tasik membiru yang sarat dengan khazanah alam.


Namun sayangnya banyak kemudahan dan fasiliti yang perlu ditambah baik demi menjaga keselamatan pengunjung di Tasik Widuri. 

Sehubungan itu, Majlis Daerah Hulu Langat perlu menyediakan kemudahan berkenaan bagi menceriakan kawasan beriadah itu selain dapat memperkenalkan kawasan berkenaan sebagai lokasi pelancongan baharu.


Pengunjung boleh menikmati makanan sambil menghirup udara segar di sekitar Tasik Widuri.


Seorang penduduk, Azhar Ghazali berharap, pihak berkuasa tempatan mengambil alih pengurusan tasik agar lebih terurus dan pelbagai kemudahan boleh disediakan

katanya, pemasangan lampu-lampu di kawasan berkenaan mampu menceriakan kawasan tasik dan juga manghasilkan suasana yang ceria terutama pada waktu malam.

"Pamasangan lampu menampilkan suasana malam ceria dan aktiviti tertentu boleh diadakan atau sekurang-kurangnya kawasan tasik boleh menjadi medan selera. jadi, lebih banyak gerai boleh didirikan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

"Yang lebih penting diberi perhatian ialah kemudahan asas di taman ini yang masih serba kekurangan,"ujarnya.


Azhar Ghazali berharap pihak berkuasa turun padang melihat kekurangan memandangkan kawasan tasik Widuri boleh dibangunkan lagi menjadi satu daipada lokasi riadah yang terbaik di Selangor.


Kata Azhar, parkir juga sempurna belum ada. Kenderaan diletakkan tidak tersusun di merata bahu jalan dan keadaan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Katanya, kawasan ini boleh dibangunkan menjadi lebih indah sekiranya ada pihak yang mengurus dengan sempurna memandangkan kawasan itu masih baharu dan belum diterokai lagi. 

Sehubungan itu beliau merayu supaya pihak berkuasa dapat turun padang dan melihat kekurangan bagi menampung keperluan mendesak terutama golongan peniaga di situ.


BERANIKAH menyambut cabaran menaiki motosikal lasak? Golongan muda semestinya meminati sukan ekstrem ini.


Begitu juga dengan kemudahan tandas yang sangat diperlukan oleh pengunjung. "Setakat ini tiada tandas awam di sini walaupun kawasan ini dikunjungi ramai,"ujarnya.

Beliau juga turut menyarankan kedai serbaneka juga dibangunkan bagi memudahkan pengunjung membeli barang keperluan.

"Jika pihak berkuasa mengambil alih, kawasan tasik juga boleh diperindah dengan landskap dan tanaman pokok atau bunga. Barulah kawasan tasik ini boleh menjadi kawasan lebih ceria berseri, menggamit lebih ramai pengunjung.


TAKLIMAT keselamatan diberi kepada yang menyertai aktiviti berkayak.


Tambah Azhar lagi, Tasik Widuri kini semakin menambat hati pengunjung bagi golongan yang meminati sukan air dan aktiviti ekstrem memandangkan kawasan ini masih kaya dengan khazanah alam.

Bagi yang meminati sukan air seperti aktiviti berkayak, inilah lokasi menarik untuk dikunjungi! 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di Tasik Widuri, bagi peminat sukan ekstrem boleh menaiki motor lasak. Terokalah jalan berbukit dan mencabar yang tersedia. Kini tasik dibuka setiap hari dari awal pagi hingga senja.

Namun sayangnya tiada aktiviti pada waktu malam terpaksa ditangguhkan buat masa ini berikutan kawasan tasik tidak ada lampu.- KitaReporters


Aktiviti ekstrem yang boleh dilakukan di Tasik Widuri

11
11
0
15
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago