MENJELANG 1 Syawal masyarakat Islam di negara ini bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan berbagai-bagai persiapan juadah yang enak-enak untuk dihidangkan.
Selain persiapaan pakaian hari raya, juadah yang diberi keutamaan ialah ketupat dan lemang.
Ketupat, sejenis makanan turun temurun masyarakat Melayu yang diperbuat dari beras pulut dan dibungkus dengan sejenis daun dipanggil daun palas.
Daun palas pula sejenis tumbuhan liar, yang hidup di kawasan hutan pinggir bukit menjadi keutamaan suri rumah untuk membungkus ketupat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan juadah raya
Peniaga daun palas, Bakri Yaakob menunjukkan daun palas yang dijual di gerainya di Pekan Baru, Baling, Kedah.
Di pekan Baling, seorang peniaga daun palas, Bakri Yaakob, 53, dari Kampung Bandar, Siong di Baling menjadi peniaga tetap setiap kali menjelang hari raya dengan menjual daun palas di gerai buah-buahannya di kawasan Pekan Baru, Baling sejak 23 tahun lalu.
Bagi masyarakat di Baling, Gerai Bakri @ Awang Buah akan menjadi tumpuan setiap hari menjelang hari raya.
Katanya, pernah dia dimarahi kerana bekalan daun palas yang dijualnya habis beberapa hari sabelum menjelang hari raya.
Menurutnya dia mendapatkan bekalan daun palas itu daripada pembekal di negeri Kelantan setiap tahun sejak 23 tahun lalu.
Katanya, ia menjual daun palas mengikut saiz, dengan harga RM7, RM6 dan RM5 seikat.
Jelas Bakri lagi, pengunaan daun palas semakin meningkat setiap tahun.
Walaupun berbagai-bagai kuih moden dicipta di pasaran, namun ketupat daun palas tidak pernah merosot permintaannya kerana keenakannya bila dimakan bersama rendang daging, atau rendang Ayam. - KitaReporters