Selera Santai 25 Oct, 2021

Video| Kg Mangkok dan Penarik dipilih kampung pelancongan! Keindahan pantai, keunikan budaya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Panorama menarik di waktu petang di Kampung Mangkok, Setiu, Terengganu membuatkan ramai yang terpesona dengan keindahan semula jadi.


PERKAMPUNGAN nelayan Kampung Mangkok dan Penarik di daerah Setiu, Terengganu, yang memiliki keindahan pantai dan keunikan budaya penduduknya menjadi pilihan kerajaan negeri Terengganu sebagai kampung pelancongan di negeri itu.

Pengistiharan dua kampung tradisional nelayan tersebut berdasarkan keunikan lokasi kampung membolehkan ia disenarai pendek sebagai The Best Tourism Village (Kampung Pelancongan Terbaik).

Menariknya, pemilihan kampung pelancong ini yang bersaing dengan dua buah kampung iaitu Miso Walai, Sabah dan Kampung Bario, Sarawak di bawah program Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)


 Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tarikan pelancongan


Ariffin Deraman membaca surat pengisytiharan Kampung Mangkok dan Penarik di Setiu sebagai Kampung Pelancongan Terengganu.


Arrifin Deraman berkata, keunikan lokasi dan keindahan semula jadi menjadi tarikan pelancong di dua perkampungan berkenaan.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kepelbagaian dan keunikan lokasi dan kekayaan budaya tempatan yang diterjemahkan melalui kegiatan ekonomi penduduk tempatan dalam memanfaatkan sumber alam semula jadi dua kampung tersebut menjadi tarikan pelancongan yang dapat menggamit kedatangan pengunjung, baik dari dalam mahupun luar negara.

Katanya, keunikannya sebagai model perkampungan nelayan tradisional juga merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kelestarian ekosistem di kawasan sekitar.


Arifin (kanan) membawa Vespa ketika perarakan sempena pengisytiharan Kampung Pelancongan Terengganu


Menurutnya, kawasan sungai yang menjadi tapak penetasan tuntun sungai manakala kawasan pantainya menjadi tempat pendaratan penyu serta merupakan satu-satunya lokasi pendaratan bagi penyu lipas untuk bertelur di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan diselia oleh WWF.


Ariffin melepas tuntung di sungai Kampung Mangkok, Setiu


Beliau berkata, selain menjadi spot (lokasi) kegemaran bagi penggemar videografi dan fotografi, kawasan sekitar Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik juga terkenal dengan pelbagai produk pelancongan yang menarik serta produk-produk hiliran yang diusahakan komuniti setempat. 

“Ia sekali gus dapat memberikan pulangan ekonomi secara langsung kepada peningkatan taraf sosioekonomi penduduk tempatan yang bergantung kepada industri pelancongan negeri sebagai sumber pendapatan mereka,” katanya ketika melancarkan pengistiharan kampung tersebut pada 23 Oktober 2021.



Orang ramai menjamu selera di restoran pesisiran pantai di Kampung Penarik, Setiu.


Menurutnya, terkini, kewujudan komuniti Pelancongan yang dikenali sebagai Desa Pancaran Delima juga bakal menjadi satu lagi tarikan pengunjung untuk datang ke daerah tersebut di mana ia adalah lokasi yang menghimpunkan kepelbagaian kesenian, kebudayaan dan warisan daerah untuk dipersembahkan kepada pengunjung.

“Bagi merealisasikannya satu kerjasama bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan diwujudkn di dalam membantu komuniti sesuai dengan Pelan Strategik UniSZA sebagai Universiti Hero Komuniti,” katanya.


Panorama menarik di Kampung Mangkuk,Setiu


Selain itu, lokasi berkenaan juga sebagai sebuah destinasi yang terkenal dengan keindahan pantainya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga turut mengambil inisiatif mewujudkan kawasan mandian pantai yang selamat kepada pengunjung dengan kawalan keselamatan sepanjang masa.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan Negeri akan meneruskan usaha dalam memastikan produk-produk pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan dengan penglibatan pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), NGO dan penduduk tempatan.

Orang ramai boleh mendapatkan perkembangan aktiviti-aktiviti menarik pelancongan negeri Terengganu menerusi laman sosial rasmi media sosial seperti Facebook, YouTube, Instagram, Wechat, Weibo dan Telegram dengan nama BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA. - KitaReporters


Rumah botol yang mengumpul pelbagai jenis botol menjadi daya tarikan di Kampung Pelancongan Terengganu

 

12
16
1
5
0
You will be interested

Video| Syukur dapat majikan baik! Gadis kongsi dapat makanan percuma hari-hari! Ramai rasa cemburu!

Perkongsian video seorang gadis bahawa syarikat tempat dia bekerja sediakan makanan berbeza untuk semua pekerja pada setiap hari jadi viral. Ramai rasa cemburu

Fitri Hazim in Selera Santai 2 weeks ago

Betul ke tak betul? JHEAT nafi video pesta arak dan tarian di Pulau Perhentian! Buat laporan polis!

Tidak ada sebarang aktiviti tarian dan pesta arak berlangsung di pusat perangingan terkenal Pulau Perhentian, Besut seperti tular dalam media sosial - JHEAT
Mohammad Ishak in Selera Santai 1 week ago

Video| Berakit Pemuda Mat Kilau! 55 peserta termasuk wanita susuri Sungai Besut! Hayati perjuangan!

Pertandingan Berakit Pemuda Mat Kilau yang menyusuri Sungai Besut adalah untuk ajak golongan pemuda dan masyarakat setempat fahami, hayati perjuangan Mat Kilau
Mohammad Ishak in Selera Santai 2 weeks ago

Video| Mai singgah! Taman Tasik Shah Alam! Ada tarikan baharu! Taman Persahabatan Jepun-Malaysia!

Tarikan terbaharu di Taman Tasik Shah Alam ialah Taman Jepun. Taman ini merupakan Taman Persahabatan Jepun-Malaysia yang diilhamkan dari Taman Jepun di Jepun
Hariyati Ariffin in Selera Santai 2 weeks ago