HIMPUNAN Lembu Sado Pantai Timur memeriahkan lagi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu 2024. Program yang berlangsung selama empat hari tiga malam bermula pada 25 sehingga 28 Julai 2024 di Dataran Jabi, Besut dipenuhi dengan pelbagai acara menarik dengan penuh warna warni dan kepelbagaian.
Antaranya ada lebih 40 pameran daripada jabatan dan agensi, lebih 140 gerai jualan dan paling menarik himpunan 100 ekor lembu sado dari tiga negeri Pantai Timur yang membabitkan Pahang, Kelantan dan Terengganu. Tidak ketinggalan acara permainan tradisionl dan ceramah agama turut diadakan.
Lembu sado paling berat di Himpunan tersebut ialah yang diberi nama Joni baka Charolais berusia empat tahun, berat 956 kilogram dari Kuala Terengganu milik Amirul Ibrahim.
Lembu Sado yang diberi nama Joni turut dipertunjuk kepada Himpuinan Lembu Sado Pantai Timur.
Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Negeri Terengganu dan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur Tahun 2024 ini dianjurkan sempena menghargai dan mengiktiraf sumbangan besar pemain industri berkenaan demi memastikan keselamatan makanan dan kelangsungan ekonomi negeri secara khususnya.
Tahniah kepada pihak pengajur dan semua yang terlibat mejayakannya.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan program tahunan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu itu.
Menurut Menteri Besar, setelah meneliti laporan berkaitan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023, kerajaan negeri mendapati ia telah berjaya menatijahkan impak yang positif apabila KDNK sektor pertanian Terengganu menunjukkan peningkatan berbanding sektor lain iaitu sebanyak 7.4% dengan nilai ditambah RM2.9b. Alhamdulillah!!
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan gimit perasmian
"Ini semua tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama yang erat dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh para peladang, penternak dan perikanan yang bertungkus lumus mengeluarkan hasil yang akhirnya akan digunakan oleh seluruh rakyat dan masyarakat di negara kita.
“Pakat datang sini bersama keluarga untuk menyaksikan pelbagai pameran, demonstrasi dan pertandingan yang diadakan. Saya berharap semua yang hadir dapat mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu, bertukar pengalaman dan mengembangkan jaringan kerjasama,” kata Dr Ahmad Samsuri. - KitaReporters
Susana di lokasi himpunan lembu sado pada waktu malam.