Selera & Santai 16 Sep, 2022

Betul ke tak betul? JHEAT nafi video pesta arak dan tarian di Pulau Perhentian! Buat laporan polis!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Long Beach di Pulau Perhentian menjadi lokasi popular pilihan pelancong dari luar negara.


TIDAK ada sebarang aktiviti tarian dan pesta arak berlangsung di pusat perangingan terkenal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu seperti yang tular dalam media sosial sejak seminggu lalu.

Malah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandang serius dengan penularan video berkenaan kerana ia memberi gambaran buruk terhadap keharmonian masyarakat di pulau pelancongan terkenal itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pulau percutian Pulau Perhentian

M Rozi Bidin


Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, pegawai Penguat Kuasa Syariah Besut telah membuat semakan dan mendapati video yang menimbulkan fitnah itu adalah video lama

Katanya, pihak JHEAT akan membuat laporan polis terhadap pihak yang sengaja menularkan semula video tarian dan pesta arak yang berlaku pada 2017 di Pulau Perhentian itu.

Beliau berkata, tidak berlaku sebarang aktiviti seumpama itu di Pulau Perhentian dan selepas membuat semakan balik pada video berkenaan mendapati video terbabit telah dipadamkan


Tangkap layar video tarian dan pesta arak di Pulau Perhentian tular di media sosial


“Kalau diikutkan pada tarikh  yang diviralkan 10 September 2022 itu, tidak ada apa-apa aktiviti yang berlaku di pulau berkenaan dan saya difahamkan pada keesokkan harinya, pelancong tidak ramai yang berada di Pulau Perhentian berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil,” kata M Rozi.

"Susulan penyebaran video berkenaan, saya telah memohon Pegawai Agama Daerah Besut membuat laporan polis untuk membuka kertas siasatan tentang apa yang berlaku sebagai pengajaran kepada mana-mana individu supaya tidak melakukan perkara-perkara  yang tidak betul dan boleh mencemarkan imej kerajaan negeri," katanya lagi.

Sebelum ini, pada malam 12 September 2022, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik video yang memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku pada 10 September 2022 di sebuah lokasi di Pulau Perhentian. 

"Pesta arak dan disko yang juga melibatkan bangsa Melayu.. September fest kot," tulis pemilik akaun Facebook itu sebelum memadamnya pada pagi Rabu 14 September 2022,” katanya. - KitaReporters


 

8
6
1
17
2
You will be interested