Selera & Santai 04 Apr, 2023

Rezeki Dikongsi Bersama! Nestle lancar coklat pertama bermotif ketupat, video sempena Raya KitKat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


KitKat Nestle menyambut ketibaan bulan Ramadan dan kemeriahan hari raya tahun 2023 ini dengan pelancaran kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

Kempen ini menawarkan produk edisi terhad raya yang menarik, video muzik animasi Raya KitKat dan pelbagai kolaborasi istimewa lain. 

Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi menjelaskan bahawa kempen raya “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat bertujuan mengeratkan hubungan sesama insan melalui perkongsian saat-saat manis dan sukar dilupakan bersama KitKat. 

“Bulan Ramadan dan sambutan hari raya yang menyusul selepas itu merupakan perayaan yang membawa erti bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. 

"Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan bagi menyambut hari yang bermakna ini. Ciri-ciri ini mencerminkan aspirasi KitKat iaitu “Have a Break, Have A Kitkat”, dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang musim perayaan ini,” kata Frederic.   



Tahun 2023 ini, KitKat memperkenal KitKat Ketupat edisi terhad raya iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat 4-Jejari.

Ketupat ialah hidangan ikonik yang sering dihidangkan semasa bulan Ramadan dan hari raya. Ia diperbuat daripada nasi yang dihimpit dalam bungkusan sulaman daun kelapa. 

Corak sulaman ketupat yang halus melambangkan ukhuwah, iaitu ikatan perhubungan dan persahabatan baik yang wujud dalam budaya Malaysia serta tradisi Islam – seterusnya menandakan inti pati kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat. 

Sehubungan itu, KitKat Ketupat berharap dapat menyebarkan kasih sayang, kebahagiaan dan hubungan erat ke setiap rumah semasa meraikan raya dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki!   

KitKat Ketupat edisi terhad raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi raya dan sesuai dijadikan sebagai hadiah raya yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan. 

KitKat Ketupat terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza - KitKat Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat Ketupat 4 Jejari 2 Multipack. 




KitKat turut berganding bahu dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita. 

Kolaborasi KitKat x Mimpikita Pek Edisi Raya ini termasuk sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek KitKat Mini 9g Sharebags. Terdapat tiga reka bentuk eksklusif untuk dikumpulkan. 

Pelancaran kempen raya “Rezeki Dikongsi Bersama”  KitKat turut disertai dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali yang mendendangkan lagu tema “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat dalam video muzik animasi Raya KitKat yang terbaru. 

Dengan memaparkan nilai-nilai murni yang lazim pada bulan Ramadan dan raya, muzik video animasi Raya KitKat meraikan saat-saat bermakna yang menyatukan setiap insan semasa musim perayaan ini. 

Video muzik animasi ini diilhamkan oleh watak-watak yang terdapat pada bungkusan KitKat Ketupat yang menampilkan kepelbagaian, kebersamaan dan keriangan ketika berkongsi rezeki. 

MK K-Clique menyatakan, walaupun makanan merupakan ciri penting dalam sambutan Ramadan dan hari raya, namun musim perayaan akan menjadi lebih bermakna jika boleh berkongsi rezeki dengan orang-orang yang terdekat. 

“Saya berbesar hati dapat kembali dan menyertai kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat bersama Nabila Razali pada tahun ini. Kami harap lagu ini dapat meriangkan lagi suasana Ramadan dan hari haya untuk semua,” tambah MK lagi. 



Bersempena dengan kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”, KitKat menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia. 

Dengan usaha mendekati komuniti ini, kanak-kanak kurang berkemampuan dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan musim perayaan dengan membeli-belah di pasar raya AEON, sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi ‘rezeki’ mereka dengan melayari saluran YouTube, Facebook dan Instagram KitKat dan tekan butang “LIKE” pada video muzik animasi Raya KitKat yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali. 

KitKat akan menyumbang RM2 untuk setiap "LIKE" yang diperoleh, sehingga RM100,000 dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
16
0
15
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago