SETIAP kedai makan atau warung cuba mempunyai resepi tersendiri bagi melariskan jualan. Keenakan masakan tertentu menyebabkan orang ramai akan terus mengunjungi sesebuah tempat makan. : KitaReporters.com
Namun tempat makan yang satu ini mempunyai perencah rahsia yang lain daripada yang lain.
Memetik laporan Sin Chew Daily pada 21 Disember 2019 lalu, seorang pemilik warung mi di Guangxi, China ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.
Ini lantaran tindakannya memasukkan perencah berupa bahan-bahan terlarang ke dalam mi yang dihidangkan kepada para pelanggannya.
Pemilik warung mi ini dilaporkan menggunakan candu atau opium (dadah morfin) ke dalam mi bagi memastikan pelanggannya kembali ke warung berkenaan.
Untungnya, kelakuan pemilik warung mi itu akhirnya terbongkar.
Sejumlah serbuk popi turut ditemui
Perkara ini terdedah setelah salah seorang pelanggannya diuji positif menggunakan morfin ketika pemeriksaan dilakukan oleh polis.
Ketika disoal siasat, lelaki itu mengatakan dia tidak mengambil dadah. Cuma dia makan mi siput di sebuah warung mi.
Curiga dengan perkara itu, polis segera memeriksa warung mi yang dimaksud oleh lelaki terbabit.
Tidak perlu melakukan pemeriksaan yang terlalu lama, polis berjaya menemukan dan menyita sekampit serbuk, yang setelah diuji, ia positif mengandungi morfin.
Ketika disoal siasat, pemilik warung itu mengaku menggunakan bahan-bahan terlarang itu untuk meningkatkan bisnesnya.
Kerana dengan bahan-bahan terlarang ini, dia boleh membuat pelanggannya kembali membeli makanannya.
Si pemilik warung ini juga mengatakan bahawa bahan-bahan ini mulanya ditanam di kampung halamannya sekitar 4 tahun lalu.
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis tempatan. - KitaReporters.com