Selera & Santai 23 Aug, 2020

Usia Edson Brandao 53! Tapi awet muda kerana pemakanan sihat

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Walaupun sudah berusia 53 tahun, Edson Brandao sering disangka masih seorang pemuda awal 20-an. Ternyata cara pengambilan makanan yang sihat menjadikan dia jauh lebih muda dari usianya. Apakah agaknya rahsia dia untuk kekal kelihatan muda remaja?? : KitaReporters

Berenang adalah antara rutin yang dilaku untuk awet muda. Kredit foto: MDW.com

Lagi cerita-cerita berkaitan pemakanan:

https://kitareporters.com/search?search=pemakanan


Edson Brandao merupakan seorang influencer dan juga jurulatih peribadi yang kini tular dalam laman sosial. Edson yang berasal dari Groningen, Belanda ini mempunyai keadaan fizikal termasuk wajah yang sangat muda seperti seorang remaja, meski usianya sudah 50-an.

Edson menganggap sosok tubhnya sebagai anugerah Tuhan yang perlu dijaga. Kredit foto: MDW.com


Menurut laporan Daily Mail UK, Edson mengaku bahawa rahsia awet mudanya kerana sejak dahulu dia selalu mengawasi pengambilan makanannya seperti mengurang seminimum mungkin makanan berminyak, bergula dan terlalu masin serta  tidak mengambil alkohol, merokok dan makanan dalam tin.

Beriadah adalah  antara rutin harian Edson. - Kredit foto; MDW-com

Selain itu, dia suka beriadah dan melakukan rawatan kosmetik hingga tidak menampakkan kedutan pada wajahnya. Dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik.

"Saya kelihatan awet muda secara semula jadi dengan mengambil makanan sihat seperti sayur dan buah. Saya juga minum banyak air kosong. Untuk mengatasi kedutan, saya selalu menggunakan krim muka antipenuaan," katanya.

Kerana penampilannya yang trendi dan seperti remaja, ramai yang menyangka dia masih berusia 25 tahun.Menurut Edson, dia merawat tubuhnya kerana merasakan tubuhnya sebagai anugerah Tuhan. Walaupun sudah berusia 53 tahun, dia tetap mempunyai tenaga seperti lelaki berusia 20-an.

Penampilan trendy (mengikut trend fesyen semasa) menyebabkan ramai tidak percaya lelaki ini berusia 53 tahun. - Kredit foto: MDW.com

Edson turut memberikan cara pengambilan makanan hariannya untuk dicontohi. 

Antaranya mengambil buah-buahan segar, susu almond, cereal, hingga pancake sayuran yang dibuatnya untuk sarapan. Sementara bagi proteinnya dia dapatkan daripada ikan putih, ayam, sayuran hingga beras perang untuk makan tengah hari. Dia mengambil ubi untuk makan malam.

"Saya adalah bukti nyata bahawa manusia boleh awet muda dan merasa muda meskipun umur sudah berumur. Langkah pertama untuk menjaga awet muda adalah dengan menerima dan mencintai diri sendiri," kata Edison. - KitaReporters

3
0
0
0
1
You will be interested