Selera & Santai 14 Jul, 2022

Tahniah Richiamo Coffee! Cawangan ke-99 di Menara Prisma, Putrajaya! Konsep kios pertama dibuka!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Richiamo Coffee Sdn Bhd. membuka cawangannya ke-99 di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya pada 6 Julai 2022 lalu. Cawangan ini merupakan konsep kios pertama yang dibuka oleh Richiamo Coffee.

Kafe ini telah dirasmikan oleh Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah dan beberapa tetamu jemputan lain.
Cawangan ke-99 itu dimiliki dan dikendalikan oleh Empire Coffee Works di mana ia merupakan cawangan ketiga selepas Wisma Bernama Kuala Lumpur dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bisnes kafe



Pengarah Eksekutif Empire Coffee Works, Wan Najib Wan Daud berkata, pembukaan cawangan di Menara Prisma adalah hasil perbincangan dengan pengurusan dan pemilik bangunan tersebut iaitu Pelaburan Hartanah Bhd yang menawarkan tempat untuk pihaknya beroperasi dan menawarkan perkhidmatan tambahan kepada para pekerja terutama kakitangan EPU dan Kementerian Kesihatan serta bangunan-bangunan bersebelahan.

"Sebagai sebuah syarikat milik 100 bumiputera Richiamo Coffee selalu menekankan agar jenama ini boleh ditembusi semua golongan lapisan masyarakat agar ia boleh berkembang sejajar dengan usaha kerajaan kebelakangan ini", katanya.
Selain di Menara Prisma, dua lagi cawangan Richiamo Coffee yang telah beroperasi berdekatan di Putrajaya ialah di Presint Diplomatik dan Tamarind Square Cyberjaya.
Ketika ini, jumlah keseluruhan cawangan Richiamo Coffee yang telah beroperasi di seluruh negara ialah 105 buah cawangan. 


Di majlis tersebut Mustapa turut meluangkan masa melihat bagaimana kopi ‘dibancuh’ di kafe berkenaan yang menyajikan pelbagai variasi kopi termasuk Americano, Latte dan Espresso.
Malah Mustapa juga turut membuat sentuhan peribadi dengan membuat minuman Latte di majlis tersebut.
Richiamo Coffee Menara Prisma juga menghidangkan menu makanan Barat dan tempatan seperti patin masak tempoyak, daging salai, siput sedut salai dan itik salai serta asam pedas tenggiri.
Selain itu, kek dan pastri juga turut dijual di cawangan Menara Prisma. - KitaReporters

9
7
0
18
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago