Selera & Santai 28 Aug, 2023

Cari nasi kandar 100% resipi turun temurun? Restoran Sheikh Dawood! Ada menu Rahmah sempena 31 Ogos!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Nasi Kandar Sheikh Dawood jadi tumpuan pengunjung.

Penduduk Ampang dan Kuala Lumpur boleh nikmati nasi kandar 100 peratus resipi turun temurun yang menggunakan rempah ratus asli tanpa perisa dan pewarna tiruan di Restoran Sheikh Dawood, di nombor 1, Jalan Wira 6, Taman Perwira Dua, Ampang, Selangor.

Pemiliknya Sheikh Dawood Tajudeen berkata, selain daripada sajian sarapan pagi dan jualan nasi kandar serta pelbagai menu lain mereka juga akan memperkenal Menu Rahmah RM5 mulai 28 Ogos 2023 sempena sambutan Kemerdekaan Negara ke-66 kepada penduduk Ampang dan sekitar Kuala Lumpur.

Walaupun dijual dengan harga RM5 tetapi adunan dan resipi turun temurun yang menyajikannya masih dikekalkan.



Nasi kandar ini menjadi tumpuan pengunjung.
Pelbagai jenis masakan menanti pengunjung.

“Setakat ini saya menyediakan 10 jenis makanan untuk sajian nasi kandar ini dengan kata lain mai rasa dulu baru cerita keenakannya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu sayuran yang dimasak pula bebas dari semburan racun dan lain-lain kerana ditanam sendiri di kawasan berhampiran restorannya.



Sayuran yang ditanam sendiri oleh pemilik restoran.

Bagi mereka yang mengunjungi dan menikmati hidangan di Restoran Sheikh Dawood pastinya teruja kerana pelbagai makanan lain turut dijual antaranya murtabak, mi goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi biryani, pasembor, roti Chennai dan macam-macam lagi selain dari Menu Rahmah.

Manakala minuman pula selain daripada kebiasaannya disajikan juga dengan Teh Chennai, Teh Masala, Teh Halian, Teh ‘O’ Serai dan Bru Coffee.




Selain daripada mengunjungi dan merasakan sendiri masakan yang mementingkan rasa nasi kandar asli itu akan menyebabkan kita akan mengunjungi semula kerana pihaknya juga menyediakan penghantaran tempahan ke mana-mana jabatan kerajaan, swasta dan perumahan sekitar Ampang dan Kuala Lumpur mengikut pesanan termasuk Menu Rahmah yang diperkenal itu.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh WhatsAap ke talian 01111662624 nanti. - KitaReporters


12
14
0
12
0
You will be interested