UNTUK menarik minat pengunjung sesebuah restoran atau kedai makan akan menyediakan menu-menu tertentu di samping berbeza dengan mana-mana saingan perniagaan mereka. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusannya sentiasa berusaha mencari jalan menyediakan juadah yang menyelerakan bagi menambat hati sesiapa sahaja berkunjung ke kedai berkenaan. : KitaReporters.com
Restoran Puteri Adira yang beroperasi lapan bulan lalu di Jalan LP 7/5, Seksyen 7 Lestari Perdana, Seri Kembangan antara yang menjadi tumpuan pengunjung.
Ciri-ciri ini merupakan antara aspek yang dipraktikkan oleh pengurusan Restoran Puteri Adira dalam tindakannya menarik minat orang ramai sentiasa berkunjung ke situ.
Restoran yang beroperasi 24 jam terletak di Jalan LP 7/5,Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan merupakan antara menjadi tumpuan ramai sama ada untuk bersarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam.
Menurut Pengurusnya, Fitri Susanti M. Zaman, 32, restoran miliknya mula beroperasi lapan bulan lalu, bagaimana pun sambutan orang ramai agak mengalakkan.
Salah seorang pekerja Restoran Puteri Adira sibuk melayan para pengunjung untuk bersarapan pagi di outlet yang dibuka di hadapan restoran pada sebelah pagi.
Ibu kepada anak tunggal berusia 4 tahun itu memberitahu, beliau membuka perniagaan hasil dorongan dan galakan daripada ibu mertuanya yang banyak memberi idea dan cadangan dalam usaha memajukannya, di samping suami dan keluarga.
Restoran Puteri Adira yang memulakan operasinya pada April 2019 dengan modal permulaan RM40,000 dibantu oleh lima orang pekerja.
Menu utama yang menjadi sajian dan tarikan orang ramai datang makan ke restoran berkenaan ialah Ayam Penyet Puteri. Di samping itu nasi lemak RM1 adalah antara menu tarikan ramai.
Selain masyarakat setempat, terdapat kalangan mereka yang datang dari luar kawasan khususnya mereka yang tinggal sekitar Lestari Perdana untuk menikmati menu-menu yang disajikan.
Ayam Penyet Puteri merupakan menu utama yang menjadi kegemaran orang ramai di Restoran Puteri Adira.
Menu-menu lain yang turut disajikan termasuklah untuk sarapan pagi saperti nasi lemak biasa RM1, nasi lemak ayam berempah, nasi kerabu, nasi lemak berlauk, nasi berlauk, bihun dan mi goreng, lontong, bihun sup, bubur nasi dan kuih muih.
Untuk makan tengah hari pelbagai jenis lauk segar dan menyelerakan disediakan termasukah gulai lemak cili padi, kari ayam dan daging, ikan goreng, ikan masak bercili, rendang daging dan ayam, paru goreng, sayur lemak, sayur tumis dan berbagai lagi.
Nasi lemak RM1 antara menu yang menjadi kegemaran pengunjung semasa bersarapan pagi di restoran berkenaan.
Untuk makan malam berbagai jenis masakan panas turut disajikan. Restoran ini juga turut menyajikan makanan-makanan saperti mi kari, bubur ayam, laksa, pulut kuning berlauk rendang ayam atau daging, 'ayam krispy', rojak buah dan beberapa jenis makanan tempatan selain minuman sejuk atau panas.
Dalam pertemuan dengan Fitri Susanti pada Rabu (4/12/2019) lalu, dia memberitahu, untuk menjamin perniagaannya sentiasa mendapat perhatian dan tumpuan orang ramai beliau sentiasa memastikan bahan-bahan untuk hidangan dalam kualiti terbaik selain khidmat yang memuaskan.
Fitri Susanti menyiapkan menu yang dipesan oleh salah seorang pengunjungnya.
Dalam konteks ini, beliau sentiasa memastikan hanya bahan-bahan mentah termasuklah ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan bahan lain dalam keadaan segar, baharu dan bersih.
Sebelum membuka perniagaan restoran Fitri Susanti sudah menjalankan aktiviti niaga dengan membuka gerai menjual bahan-bahan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari di gerai tepi jalan di Persiaran Equine Perdana yang terletak di hadapan taman permainan kanak-kanak di kawasan Perumahan Lestari Perdana 2.
Dengan modal permulaan RM300.00, beliau menjalankan perniagaan antara jam 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di tapak berkenaan sejak lapan tahun lalu hingga sekarang yang dikendali urus oleh dua orang pembantunya.
Beliau juga memberitahu, pihaknya sedia menerima tempahan untuk berbagai majlis seperti jamuan, kenduri, hari jadi, pertunangan dan sebagainya.
Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah menghubungi Fitri Susanti M. Zaman melalui talian 018-3667271 atau datang sendiri ke restoran berkenaan pada bila-bila masa. - KitaReporters.com
Hidangan 'ayam krispy' juga sediakan oleh Restoran Puteri Adira.
Sesiapa yang berkunjung ke Restoran Puteri Adira pasti akan teroja dengan menu rojak buah yang disediakan.
Nasi lemak berlauk antara menu menarik turut disajikan direstoran berkenaan.
Talapia penyet merupakan antara menu yang turut diminati pengunjung.
Bubur ayam yang disajikan direstoran ini enak dan menyegarkan.
Mee supnya yang mempunyai rencah khusus menyelerakan.
Cekodok bilis yang disajikan di restoran ini berbeza dengan kedai-kedai makan atau restoran lain kerana ia mempunyai ramuan tersendiri.
Ikan kerapu masak bercili turut menjadi tarikan ramai.