Selera & Santai 19 Apr, 2020

NAK JADI AHLI?? DILARANG SENTAP, AMBIK HATI!!

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this

KETIKA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan sehingga 28 April 2020, pelbagai karenah dapat dilihat terutama kepada para suami yang kini kebanyakannya terpaksa bercuti atau bekerja dari rumah. : KitaReporters


Maka, ada antara mereka cuba membantu isteri yang ketika ini melakukan kerja-kerja rumah yang semakin meningkat ekoran PKP yang memasuki edisi ketiga ketika ini.

Ada yang berjaya meringankan tugas-tugas seharian isteri yang terpaksa tiga kali ganda berusaha semasa PKP-3 ekoran penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Atas sebab itu juga, pelbagai kumpulan Facebook (FB) atau FB Group diwujudkan bagi memberi pelbagai pengetahuan kepada para netizen dalam alam maya.

Dan sudah pasti, kewujudan kumpulan FB ini memberi banyak pengetahuan kepada para pelayar terutama dalam bidang makanan.


Namun dalam beribu-ribu kumpulan FB yang wujud itu, terselit satu kumpulan FB yang mengumpulkan hasil masakan yang… tak menjadi.

Kumpulan FB ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official’ yang diwujudkan pada 14 April 2020 an sehingga berita ini ditulis berjaya mendapat hampir 800,000 ahli dalam tempoh yang singkat.

Bukan salah aku mungkin salah oven tu... kata  Fatin Mya


Alasannya mudah, kumpulan FB MATJHN Official ini memberi hiburan dengan pelbagai gelagat hantaran masakan-masakan yang tak menjadi… terutama dari lelaki selain kebanyakan ahlinya yang sporting.

Setiap hantaran yang menunjukkan hasil expectation dan reality mendapat bukan hanya pujian tetapi kata-kata ‘semangat’ yang melucukan daripada para netizen.


Walaupun baru sahaja diwujudkan, kumpulan FB MATJHN Official terpaksa dikendalikan oleh 27 orang pentadbir dan moderator bagi memastikan kumpulan FB ini sentiasa bersih daripada sebarang ‘anasir-anasir’ yang tidak sepatutnya dimuat naik.

Apa yang menarik, dalam peraturan yang dimuat naik ke kumpulan FB berkenaan salah satunya ialah ‘ahli-ahli dilarang sentap, ambik hati, murung kalau posting kena gelak berjemaah’.


Ini berikutan setiap hantaran yang dilakukan akan berkaitan dengan masakan yang tak menjadi atau pertanyaan ‘lurus’ dari sang suami yang hairan apa yang dibuat tidak selari dengan kehendak isterinya atau tidak sama apa yang dilihat pada iklan.

Malah, ada ahli yang terdiri daripada suami yang turut ‘membawang’ hasil masakan isterinya yang kurang menjadi dan dalam masa yang sama turut risau sama ada isterinya juga ahli kumpulan FB berkenaan.



Apa yang boleh dikatakan ialah, hati-hati ketika menyertai kumpulan FB MATJHN Official ini takut-takut ada tidak dapat katup mulut walaupun dah awal pagi. - KitaReporters

2
0
0
3
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago