Selera Santai 20 Aug, 2020

Rasa manis dan smoky! Marrybrown perkenal S.O.S BBQ Meals!

@editor kitareporters
Editor KitaReporters Emel boleh dihantar ke kita.reporters@gmail.com

Share this

BERITA gembira untuk rakyat Malaysia! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown bermisi untuk memenuhi cita rasa berjuta-juta rakyat Malaysia dengan hidangan enak Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020! : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan makanan:

https://kitareporters.com/search?search=makanan


Tawaran terbaharu, Marrybrown ini dipenuhi dengan keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa manis dan smoky yang sempurna dengan sajian charcoal burger dan drumettes yang empuk!

Rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza. 

Menu baharu ini disediakan dengan pilihan S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal di mana kedua-dua pilihan ini dihidangkan bersama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup. 

Untuk peminat yang inginkan pengalaman keseluruhan, kombo ketiga adalah pilihan terbaik! S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken yang disukai ramai, dan Potato Wedges.

S.O.S BBQ BURGER COMBO


"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati cita rasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”

Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola.

S.O.S BBQ DRUMETTE COMBO


“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi cita rasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” kata Joshua.

Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. - KitaReporters

S.O.S BBQ COMBO BOX

You will be interested

Tasik Pepsi Blue! Tasik Lubuk Mandi tarikan baharu di Rusila

Terengganu mahu jadikan kawasan bekas pelombongan emas, Tasik Lubuk Mandi, juga dikenali Tasik Pepsi Blue, di Rusila, Marang sebagai lokasi baharu pelancongan

1,000 sehari! The Waroong jual roti kamat terbaik! Jom makan

Bermula ingin mencuba Nadhirah Zakaria kini mengusahakan roti kamat sehingga jualannya cecah 1,000 biji sehari di gerainya The Waroong di Kampung Binjai, Chukai
Adnan Mohamad in Selera Santai 18 hours ago

Ayam masak terlebih hijau? Macam ni bagi budak sekolah makan

Pendedahan seorang pengguna Twitter yang muat naik gambar menunjukkan lauk ayam berwarna hijau yang dijual kantin sebuah sekolah mendapat reaksi ramai netizen
Zul Akmar Jamaludin in Selera Santai 1 day ago

Pertandingan fotografi MPK! Bekas juruvideo TV3 bolot hadiah

Gambar dan video bekas juruvideo TV3, Bazaai Ahmad terpilih menangi empat hadiah dalam satu pertandingan foto dan video anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
Ainal Marhaton Abd Ghani in Selera Santai 1 day ago

9 sekeluarga maut! Gara-gara makan mi disejuk beku setahun!

9 sekeluarga di China maut akibat keracunan makanan selepas menjamah hidangan mi Suantangzi yang disejuk beku sejak setahun lalu. Namun 3 kanak-kanak terselamat
Zuhayati Yazid in Selera Santai 2 days ago