Selera & Santai 24 Feb, 2020

STOP!! TELUR PECAH DALAM PLASTIK TAK SELAMAT

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
SERING kali kita terlihat di pasar-pasar penjual menjual telur-telur yang sudah dipecahkan. Bagi sesetengah orang ini memudahkan urusan mereka untuk masak di dapur. Tetapi tahukah anda semua bahawa telur yang telah pecah ini membahayakan kesihatan kita semua? : KitaReporters.com

Pasti anda tertanya-tanya mengapa?

Ini kerana telur pecah di dalam plastik ini adalah penyebab utama keracunan makanan pada manusia dan boleh mengancam nyawa terutama kepada ibu mengandung, warga tua dan kanak-kanak.

Memang tidak dinafikan bahawa telur pecah dalam plastik lebih murah harganya. Tetapi seorang pengguna Twitter telah berkongsikan bahayanya membeli telur pecah ini.

Menurut beliau, telur pecah dalam plastik ini bukanlah telur yang dipecahkan tetapi telur yang telah jatuh semasa pemunggahan. 

Penjual sayang nak buang, depa masukkan dalam plastik macam ini dan jual dengan harga murah.


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan juga menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut di dalam Facebook.

Bakteria salmonella ditemui dalam usus ayam dan boleh dijangkiti oleh salmonella melalui baja, ladang, najis semasa pengangkutan serta sewaktu penyembelihan dan pemprosesan ayam di kilang.

Walaupun langkah terbaik diambil bermula dari ladang hingga ke pemprosesan untuk mencegah jangkitan salmonella ini pada telur, namun keberangkalian ia terjadi tetap ada terutama ketika penjualan.

Adakah anda rasa telur pecah ini bersih dan selamat dimakan?

https://www.facebook.com/BKKMJKWPL/posts/2691516630968443


Pencemaran boleh berlaku bermula ketika telur tersebut pecah diikuti dengan pemprosesan untuk mengutip telur pecah dan memasukkannya ke dalam plastik. 

Pencemaran juga boleh berlaku ketika penyimpanan untuk jualan.

Dapatkah anda bayangkan bagaimana proses itu berlaku? 

Adakah pengendali cuci tangan sebelum mengendalikannya? Adakah tempat untuk memproses telur itu bersih?

Bagaimana dengan peralatan yang digunakan, adakah anda rasa ia bersih dan dalam keadaan baik? Bagaimana pula dengan bahan pembungkus yang digunakan? 

Bagaimana dengan pembeli, adakah telur tersebut terus dimasak dan dimakan? Atau ia disimpan entah berapa lama dan adakah ia disimpan pada suhu yang sesuai (suhu sejuk) atau dibiarkan beberapa jam sehingga menggalakkan pembiakan bakteria.

Adakah ia dimasak sempurna? 

Di sebalik telur pecah ini, terdapat penilaian risiko keselamatan makanan yang perlu dibuat agar telur pecah ini memang benar benar tidak tercemar dan selamat untuk dimakan.

Maka, jadilah pengguna yang bijak. Jangan fikir nak murah sahaja, pilihan pada tangan anda. 

Fikir-fikirkan sebelum membeli! - KitaReporters.com

1
3
0
0
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago