Selera & Santai 01 Apr, 2024

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Pasti anda pernah melihat atau ternampak ada sesetengah orang bawa bekas makanan dan minuman sendiri ketika ke bazar Ramadan. Cara tersebut dapat mengurangkan penggunaan plastik sekali gus menyelamatkan alam sekitar.

Antara bekas makanan atau minuman paling popular ialah mangkuk tingkat dan tumbler. Kedua-duanya mudah dibawa ke mana-mana. Malah, banyak restoran jenama terkenal mengeluarkan tumbler sendiri. Namun, masih ada ke yang tidak tahu apa itu tumbler?


Adakah penggunaan tumbler sekadar trend atau benar-benar cakna tentang alam sekitar? - Kredit foto: Google Image.


Tumbler adalah bekas minuman yang sering digunakan oleh orang ramai dalam kehidupan seharian. Ia terdiri daripada pelbagai jenis dan rekaan yang mempunyai kelebihan tersendiri. 

Kelebihan pertama yang perlu ditekankan ialah tumbler merupakan produk mesra alam dan membantu dalam mengurangkan penggunaan bekas plastik. 

Justeru, kalau anda melihat ada pengunjung yang membawanya, ini bermakna orang tersebut begitu cakna dengan alam sekitar. Kalau hanya trend sekalipun, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan penggunaan plastik.

Sungguh pun begitu, tidak semua peniaga menerima penggunaan tumbler ini. Kadang-kadang ada peniaga yang menolak untuk mengisi air yang dijual ke dalam tumbler yang dibawa pelanggan. Agak-agaknya kenapa peniaga menolak penggunaan tumbler dan lebih suka menggunakan bekas minuman sedia ada?



Adakah kerana peniaga rugi sekiranya menggunakan tumbler yang dibawa oleh pelanggan atau sebab apa? Jawapan kepada persoalan ini cuba dijawab oleh seorang pengguna TikTok bernama Fauzan Latib. 

“POV (sudut pandang): Kau bawa tumbler untuk isi air berbuka. Dan ini adalah situasi dan hasil selepas tuang air daripada cawan plastik ke dalam tumbler,” tulisnya.

Video yang dikongsi itu menunjukkan dia bertindak mencurahkan air dari cawan plastik yang dibeli di bazar Ramadan ke dalam tumbler yang dibawanya. Jelas kelihatan masih ada baki air berlebihan. Situasi ini menunjukkan pembeli telah mengalami kerugian.



Namun, bagaimana pula kalau tumbler yang dibawa bersaiz lebih besar kerana setiap tumbler mempunyai saiz berbeza. 

Jadi, tidak hairanlah kebanyakan netizen berpakat mengatakan sebab utama kenapa peniaga tidak gemar menggunakan tumbler dibawa pelanggan adalah kerana saiz berbeza.



Walau bagaimanapun, ada juga netizen tidak setuju kerana berpendapat air yang dijual mengikut jumlah cedok dan bukannya mengikut saiz bekas minuman. Jadi, tidak wujud istilah rugi atau apa-apa yang berkaitan. - KitaReporters


9
24
0
10
0
You will be interested

Perhatian peniaga Bazar Ramadan di Terengganu! Tidak dibenarkan bermula berniaga sebelum 3 petang!

PIHAK berkuasa tempatan menasihatkan peniaga di semua bazar  Ramadan  seluruh Ne

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 1 month ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago