Tular perkongsian lucu seorang kakak menceritakan kisah adiknya membuat pesanan secucuk sate secara online sehingga menarik perhatian banyak netizen.
Apa yang melucukannya, apabila sate yang diterima secucuk.
Ini kerana adiknya mahu memesan 10 cucuk sate tetapi tersilap tekan hingga menyebabkan satu cucuk sate sahaja yang sampai.
Adik dia tak reti guna aplikasi Food Panda :
Sori laa semua. Adik saya ni jenis lurus. Sebenarnye dia tak reti guna apps foodpanda. Selama ni dia expert guna apps grabfood.Harini dia try guna foodpanda. Dia nak order satay 10 cucuk terorder 1 cucuk dan dia jadi gabra tak tahu nak cancel mcm mana.Untuk owner satay mintak ampun sebab adik sy terorder satu. Dia sebenarnya nak order 10 tp terorder 1. Dia cakap satay tu sedap. Untuk abg foodpanda tangkiuu sebab tolong hantarkan walau secucuk satay. Papepon stay think positif ya
Lebih menarik perhatian apabila sate dan kuah dibungkus secara berasingan di dalam plastik kecil.
Sate dibungkus oleh anak buah
Perkongsian ini juga mendapat respons daripada pemilik kedai.
Beliau menceritakan ketika pesanan diterima, beliau sangat sibuk dan anak buahnya yang berusia 13 tahun membungkus sate.
Rata-rata netizen yang melihat posting ini tergelak kerana harga sate RM5 secucuk dan paling mahal buat masa ini.
Semoga perniagaan pemilik sate ini semakin banyak menerima tempahan sepanjang PKP ini.