Selera & Santai 19 Mar, 2021

This is Pahang! Inilah Pahang! Tema baharu bagi bantu lonjak industri pelancongan Pahang 2021

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: ainalmarhaton63@gmail.com

Share this

Gambar hiasan

Penjenamaan semula tema baharu Tourism Pahang (Pelancongan Pahang) menjadi wake up call kepada semua pihak terutama pemain-pemain industi dalam menggerakkan semula industri pelancongan di Pahang. Tema 'This Is Pahang' dilihat sangat relevan dalam membantu melonjakkan semula industri ini selepas terjejas teruk dalam tempoh setahun angkara penularan wabak pandemik COVID-19. 

Setahun sudah berlalu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 dan 18 Mac 2021 adalah sambutan ulang tahun kelahirannya yang pertama!


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Pahang:

https://kitareporters.com/search?search=pahang



Moh ke negeri Tok Gajah. Pahang sudah terkenal sebagai negeri yang kaya dengan khazanah alam semula jadinya yang tersendiri. Tapi awas, sila ambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana ditetapkan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini!

Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai persisiran pantai yang menarik, pulau peranginan, hutan simpan dan kawasan tanah tinggi yang dapat memenuhi 'selera setiap golongan selain kepelbagaian budaya, keenakan hidangan tradisi serta layanan mesra penduduk tempatan yang sememangnya menggambarkan ia sebuah negeri yang 'unik'.



Justeru, pelancaran tema baharu pelancongan Pahang oleh Tourism Pahang bermula 21 Mac 2021, 'This Is Pahang' atau 'Inilah Pahang' dilihat sebagai satu usaha proaktif dalam usaha merancakkan kembali sektor pelancongan negeri yang terjejas teruk akibat COVID-19 sejak setahun lalu. Sifar pendapatan untuk pemain industri!

'This Is Pahang' adalah satu permulaan baharu untuk industri pelancongan Pahang dan semua agensi serta pemain industri perlu melakukan lebih banyak promosi produk pelancongan selepas penularan COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya. Semoga wabak ini tidak mengambil masa lama untuk dihapuskan. 



Majlis pelancaran tema baharu itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Auditorium Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur, Kuantan pada 18 Mac 2021. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. 


Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Mohd Sharkar Shamsudin melihat potret lokasi pelancongan di Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang.


Dalam ucapannya selepas majlis perasmian, Wan Rosdy berkata tema baharu itu adalah antara usaha progresif Kerajaan negeri dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat Covid-19 sejak tahun lalu. 

"Pemain industri juga perlu lebih proaktif, progresif dan dinamik  dalam usaha menyelamatkan industri daripada terus terjejas dan bertahan tanpa sebarang peningkatan," katanya.


Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) dan Mohd Sharkar Shamsudin meletakkan pelekat pada kenderaan sempena Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang.


'This is Pahang'  adalah tema kelapan dipilih bagi menggantikan 'Pahang Simply Awesome' yang digunakan sejak tahun 2018.

Enam lagi tema sebelum itu ialah  Hogoh Pahang (2016) Panoramic Pahang (2014) Premier Adventure Holidays and Nature Gateways (2008)   A Complete Tropical Experience (1995) Come to Nature pada (1994) Gateway to a Complete Tropical Experience (1983)

Tema yang dipilih sangat bersesuaian dengan iklim pelancongan Pahang yang menawarkan kepelbagaian destinasi dan produk pelancongan yang sentiasa ditambah baik dan diperbaharui bagi memenuhi kehendak pengunjung sama ada tempatan mahupun luar negara.


Menara Kuantan188. - Kredit foto: Bazaei Ahmad



Ketika ini Pahang yang termasuk dalam kategori PKP Pemulihan (PKPP) hanya membuka pintu untuk pelancong tempatan sahaja dan dari negeri-negeri yang melaksanakan PKPP dan perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan serta amalan SOP yang ketat.

Dalam satu sidang media sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri antara negeri di bawah Perintah PKPP ke negeri PKPP yang lain di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Bagaimanapun aktiviti itu tertakluk kepada SOP ketat, termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Jangan lupa  untuk patuhi arahan kerajaan!


Lokasi Titik Tengah Semenanjung di Kampung Paya Siput, Lanchang antara produk terbaru pelancongan Pahang. - Kredit foto: Bazaei Ahmad


Kuantan Art Streets. - Kredit foto: Pahang Media 


Kuih tradisi tiga beradik badak kubang (putih), pepena (hijau) dan dodol kukis ini popular dalam kalangan penduduk Maran.


Untuk rekod,  sektor pelancongan Pahang mengalami kemerosotan pelancongan sehingga 46.8 peratus dengan kerugian melebihi  RM5 bilion apabila berlaku penurunan jumlah pelancong seramai 7.43 juta (2020) berbanding 13.99 juta pada 2019. Pelancong tak boleh berkunjung ke mana-mana lokasi pun ketika PKP.  

Pahang kaya dengan pelbagai khazanah alam, destinasi pelancongan yang menarik, rakyatnya yang ramah dan pelbagai lagi. 

Moh ke Pahang untuk melihat keindahan alam semula jadinya sambil menghayati pelbagai produk yang ditawarkan. - KitaReporters 


Muzium Sungai Sungai Lembing antara produk pelancongan terkenal di Kuantan

0
0
0
0
0
You will be interested