Selera & Santai 16 Dec, 2020

Hidupkan permainan tradisional! Sebagai alat perpaduan rakyat

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KEMUNCULAN pelbagai jenis permainan moden menerusi aplikasi internet menyebabkan banyak permainan tradisional yang menjadi warisan bangsa sejak turun temurun kini hampir pupus kerana sebahagian besar masyarakat sudah  lupa dengan budaya bangsa. : KitaReporters


Permainan congkoh digemari golongan wanita


Lagi kisah-kisah berkaitan permainan:

https://kitareporters.com/search?search=permainan


Jika ditanya kepada generasi sekarang mungkin ramai antara mereka tidak mengetahui permainan tradisional yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan masyakat Melayu yang sentiasa memenuhi setiap acara yang diadakan di kampung atau pekan.

Justeru, usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula permainan tradisional patut dihargai dan diberi sokongan kerana ia melambangkan budaya bangsa Melayu yang amat bernilai dan berseni.


Permainan selambut boleh diadakan di mana-mana sahaja


Kelab Kebajikan dan Rekreasi Anggota Tabung Haji Terengganu (KUSUREK) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu berusaha mengembalikan permainan silam dengan menganjurkan program untuk komuniti setempat.

Usaha itu tidak sia-sia apabila beberapa pertandingan tradisional termasuk congkok, batu seremban (selambut), timbang bola takraw dan baling damak (dart) yang dianjurkan oleh kedua-dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbabit mendapat sambutan orang ramai.


Aksi seorang peserta ketika menyertai permainan timbang bola takraw


Malah, apa yang membanggakan menerusi aktiviti sosial itu ia memperlihatkan perpaduan kaum di negeri tersebut amat kukuh apabila ada wanita keturunan Cina dan Inda sama-sama berkongsi budaya yang diwarisi orang Melayu.

Jawatankuasa penganjur bersama Tabung Haji dan KRT Bandar Jertih bergambar kenangan


Azmi Che Salleh menyampaikan cederamata kepada Nor Almizan Mahmud tanda sokongan menjayakan program bersama KRT


Pengerusi Penganjur, Azmi Che Salleh yang juga Pengurus Cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) Daerah Besut, tidak menyangka penganjuran aktiviti riadah dan sosial tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum di daerah itu.

Katanya, walaupun aktiviti tersebut diadakan secara kecil-kecilan namun hakikatnya ia berjaya memperlihatkan perpaduan kaum dan semangat ukhwah antara peserta yang menyertai kegiatan tersebut.

“Bukan mudah untuk mengajak kaum lain mengambil bahagian dalam acara membabitkan budaya orang Melayu, tetapi ia sudah terbukti masyarakat di daerah itu sememangnya sinonin dengan pergaulan yang akrab tanpa mengitra kaum,” katanya.


Peserta yang mengambil bahagian dalam permainan congkok


Beliau berkata, susulan sambutan terhadap program itu, pihaknya merancang untuk meneruskan aktiviti seumpama itu pada masa akan datang.

Program yang berlangsung di pekarangan Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih, Besut itu telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Nor Almizan Mahmud, yang diharap dapat menjadi contoh bagi memupuk perpaduan kaum menerusi aktiviti riadah dan sosial. 

Nor Almizan turut berharap, lebih banyak agensi luar dapat menjalin kerjasama mengadakan pelbagai program dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kerana ia memberi banyak kebaikan dalam usaha membantu kerajaan memupuk  perpaduan. - KitaReporters


Aktiviti sosial menjadi lambang perpaduan antara kaum di Daerah Besut, Terengganu

4
1
0
2
0
You will be interested

Perhatian peniaga Bazar Ramadan di Terengganu! Tidak dibenarkan bermula berniaga sebelum 3 petang!

PIHAK berkuasa tempatan menasihatkan peniaga di semua bazar  Ramadan  seluruh Ne

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago