Menurut Aiman atau nama lengkapnya Muhammad Aiman Yusri resipi air minuman itu disedia oleh dirinya sendiri.
Setakat ini, dia hanya mempromosikan AimanGo melalui media sosialnya.
Sebagai salah satu strategi perniagaan, Aiman turut menjadi ‘runner’ iaitu menghantar sendiri minuman yang ditempah pembeli di sekitar Lembah Klang.
Aiman tidak malu menghantar sendiri air minumannya kepada pembeli kerana sudah minat berniaga sejak kecil, malah turut membantu ibu bapanya yang mempunyai gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
Dia merancang untuk memperluas promosi minuman jus buah itu seperti di beberapa kawasan tumpuan ramai. Malah mungkin akan membuat jualan melalui beberapa platform perniagaan online.
Aiman berharap perniagaan air minuman ini akan berkembang. Selain itu, dia turut merancang akan menjalankan beberapa perniagaan lain pada masa depan.
Menyentuh mengenai denda RM1,000 yang sepatutnya dijelaskan pada 8 Jun 2020 lalu, Aiman dan pemancing lain tetap enggan menjelaskan.
Aiman dan sekumpulan pemancing lain disaman kerana berada dalam kolam memancing di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lalu. - KitaReporters