Selera & Santai 15 Nov, 2020

Makan tengah hari percuma! Di bandar Jertih dan Pekan Baru!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

KEMUNCULAN pandemik COVD-19 yang mula melanda negara pada awal tahun 2020 memberi kesan buruk bukan sahaja kepada masalah kesihatan, ekonomi, sosial malah ramai rakyat tiba-tiba menjadi golongan miskin akibat kehilangan pekerjaan kerana kemurungan ekonomi yang dialami negara. Nak makan pun kadang-kadang susah! : KitaReporters


Orang ramai menikmati makan tengah hari percuma di Warung Nadzri, Bandar Jertih


Lagi kisah-kisah berkaitan kedai makan:

https://kitareporters.com/search?search=kedai+makan


Malah, ekonomi Malaysia mencatatkan penguncupan sebanyak 17 peratus pada suku kedua tahun ini sewaktu negara berhadapan dengan kemuncak masalah pandemik COVID-19, prestasi terburuk sejak dua dekad lalu, 

Mengambil kira masyarakat yang terjejas dengan masalah ekonomi tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut, memperkenalkan Program “Makanan Infaq” dengan menyediakan makan tengah hari percuma untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang menghadapi masalah kewangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negeri berkenaan. 


Poster Makanan Infaq untuk hebahan diedarkan kepada orang ramai menerusi media sosial.


Rozaini Rasli


Usaha mengadakan program makan tengah hari secara percuma tersebut pada awalnya menyasarkan kepada golongan pekerja buruh, miskan dan komuniti yang tiada pekerjaan. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Besut, Rozaini Rasli berkata, bagi menjayakan program itu pihaknya memilih sebuah restoran di Bandar Jertih,Besut, untuk menyediakan makan tengah hari sebagai infak kepada komuniti yang datang ke premis tersebut. 

Katanya, restoran yang dikenali dengan Warung Nadzri yang terletak di hadapan Balai Polis Trafik, Jertih dipilih kerana kedudukannya yang strategik dan mudah dikunjungi orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan tiga hari dalam seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis bermula dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 2 petang untuk penyediaan makan percuma kepada orang ramai sekitar daerah Besut.


.

Ketua Pemuda UMNO Besut Rozaini Rasli melayani tetamu yang singgah makan tengah hari secara percuma di Warung Nadzri, yang terletak di hadapan Balai Polis Trafik, Jertih, Terengganu 


“Program tersebut bermula sejak 10 Oktober 2020 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke warung tersebut pada hari dan waktu ditetapkan,’ katanya.

Rozaini  memberitahu, sejak dipekenalkan orang ramai memberikan sambutan menggalakkan terhadap program itu, malah ada juga yang tampil memberi sumbangan derma kepada pihak penganjur.


Pengunjung boleh memilih 13 menu makanan disediakan percuma kepada orang ramai


Beliau berkata, pengunjung yang datang ke warong tersebut akan diberikan kupon dan ditukar kepada pilihan makanan yang disukai yang tersedia di warong tersebut.

“Sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pengunjung dari luar terhadap program itu, pihaknya membuka satu lagi program sama di Pekan Baru, Kuala Besut bermula pada hari ini, 15 November 2020,” katanya.

Rozaini berkata, pihaknya menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan program infak itu sehingga akhir tahun 2020 ini.


Pengunjung diwajibkan menjalani saringan suhu badan dan rekod kehadiran.


Pengunjung juga disediakan kupon khas untuk mengambil makanan daripada pengusaha warung.


Bagaimanapun, katanya, menerusi konsep bersedekah pihaknya turut mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi menderma bagi menjayakan program tersebut.

Sementara itu, pengunjung, Ariffin Jusoh, 48, memuji usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Besut kerana menganjurkan program makan percuma kepada orang ramai. 

Katanya, dalam keadaan ekonomi yang tertekan ini, golongan yang tidak berkemampuan dapat menikmati makan percuma yang disediakan khas di warung berkenaan.


Arifin Jusoh


Pengusaha warong, Roseita Hussin, 55, berkata, bagi menyokong program anjuran Pemuda UMNO Besut itu pihaknya menyadiakan 13 menu pilihan untuk pengunjung yang datang makan tengahari pada hari yang ditetapkan.

“Orang ramai yang datang perlu mengambil kupon yang disediakan dan kemudian menyerahkan kupon berkenaan kepada pembantu warong untuk kegunaan rekod kehadiran pelanggan,” katanya. - KitaReporters


 

Pemilik Warung Nadzri Roseita Hussin melayani pengunjung untuk makan tengah hari

33
7
5
2
2
You will be interested