Selera & Santai 19 Jan, 2022

Tahniah! KitaReporters terima anugerah perhargaan media! Sempena pelancaran This Is Pahang 2022!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali menyampaikan anugerah kepada penulis selaku wakil KitaReporters di Kuantan. - Kredit foto-foto:  Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) 

KitaReporters menerima Anugerah Penghargaan Pelancongan dan Kebudayaan Kategori Media sempena 

Majlis Pelancaran This Is Pahang 2022 – Unlimited dan Malam Anugerah Penghargaan Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, di Hotel Hyatt Regency di Kuantan, pada Isnin, 17 Januari 2022. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan media



Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali kepada wakil portal itu, Ainal Marhaton Abd Ghani.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang,  Datuk Sri Mohd Sharkar Shamsudin.


Trofi dan sijil penghargaan yang diterima.


Turut menerima anugerah bagi kategori sama ialah 24 lagi media arus perdana dan alternatif lain antaranya, Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), RTM, TV3, Astro Awani. Al-Hijrah, Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Malaysian Gazette, Fikrah Pahang dan Pahangku Media.

Selain kategori Media, turut diraikan ialah penerima kategori Outlet Makanan, Homestay, Pakej Pelancongan, kategori Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pemandu Pelancong, Video Pelancongan, Kebudayaan Dan Kesenian, Sastera dan Kraftangan serta beberapa Anugerah Khas lainnya.

Tahniah untuk semua MoJo KitaReporters! . - KitaReporters 

Ketua Unit Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), Zulkhairil Zainuddin (kanan) menerima anugerah disampaikan oleh Sh Mohmed Puzi Sh Ali


Penulis (kanan) bersama wakil Santai Travel yang turut menerima anugerah pada majlis itu. - Kredit foto-foto:  Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) 

11
13
0
16
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 4 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago