Selera & Santai 12 Jun, 2023

Baharu dalam pasaran! Maggi Mi Goreng Laksa Warisan! Ikut trend penyediaan laksa dengan cara goreng!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Dengan aroma dan rasa yang penuh nostalgia tidak dinafikan laksa merupakan ikon tradisi masakan Malaysia. 

Bagi meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap laksa, Maggi memberi penghormatan kepada kepelbagaian warisan dan budaya yang dimiliki hidangan klasik Malaysia ini dengan memperkenal Maggi Mi Goreng Laksa Warisan baharu dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera.     

Pada acara pelancaran yang diadakan di rumah agam bertema vintaj, The Agam yang terletak di Kuala Lumpur, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata “Sebagai sebuah jenama dengan sejarah lebih 50 tahun serta memiliki tempat di hati rakyat Malaysia, Maggi dengan bangga meraikan warisan kami dalam semua produk kami. 

"Hari ini, kami amat gembira menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan laksa Malaysia yang lazat di samping memperkenal inovasi produk terbaharu kami, Maggi Mi Goreng Laksa Warisan, yang mencerminkan warisan kulinari negara yang pelbagai dan tersendiri.”   



Dua personaliti makanan Malaysia yang terkenal juga hadir dalam acara pelancaran tersebut. 

Mereka terdiri daripada Cef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Warisan Makanan dan Budaya Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) – yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan laksa yang lazat sambil berkongsi tentang sejarah hidangan yang kaya serta evolusinya. 

Menelusuri asal usulnya, laksa ialah hidangan popular berasal dari komuniti Peranakan yang diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. 

Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa laksa merupakan hidangan ikonik Malaysia yang benar-benar melangkaui budaya dan wilayah – berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini – dari laksa kari yang paling lazim kepada versi yang lebih inovatif seperti asam laksa, laksa Sarawak, laksa nyonya dan laksa Johor. 

“Keistimewaan laksa terletak pada rasanya yang kompleks dan aromatik. Laksa yang enak memerlukan keseimbangan antara pelbagai ramuan dimasak perlahan sehingga ‘pecah minyak’. 

"Langkah ini penting untuk rasa laksa yang sempurna seterusnya mencapai keenakan masakan yang sebenar,” tambahnya.

Kebelakangan ini, rakyat Malaysia tercari-cari resipi baharu untuk menikmati hidangan popular ini bersama keluarga dan rakan-rakan yang mempengaruhi peningkatan trend penyediaan laksa dengan cara “goreng”. 

Mengambil inspirasi daripada trend ini, Maggi Mi Goreng Laksa Warisan baharu adalah sentuhan kreatif kepada tradisi laksa Malaysia. 


Dari kiri ke kanan, Prof. Dr. Shahrim Ab Karim; Cef Muluk, cef Maggi; Juan Aranols; Ivy Tan; Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Jualan, Nestle Malaysia; dan Anis Nabilah.


Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad menjelaskan, “Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, Maggi berhasrat untuk menyampaikan produk yang merangkumi cita rasa Malaysia sebenar. 

"Terima kasih kepada usaha berterusan dan kepakaran kulinari cef-cef Maggi, kami telah memberikan sentuhan moden kepada laksa yang mendorong kepada pengenalan inovasi terbaru kami, Maggi Mi Goreng Laksa Warisan. 

"Sesungguhnya, rahsia membuat laksa yang baik terletak pada bahan-bahannya. 

"Oleh itu, ciptaan baharu kami direka secara teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, dan juga bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia. 

"Ia dimasak perlahan-lahan sehingga 'pecah minyak' untuk rasa dan aroma laksa autentik sambil mengekalkan resipi aslinya. Ciptaan kami membolehkan para pengguna menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!” 

Selaras dengan janji jenama Maggi untuk membantu rakyat Malaysia ‘Menyajikan Kelainan’, Maggi terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap. 

Maggi Mi Goreng Laksa Warisan diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. 

Daripada bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, Maggi komited untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
14
0
13
0
You will be interested

Video| Di sebalik sejarah, kemodenan Xi'an menyerlah! Antara bandar menarik di China perlu dilawati!

Wilayah Xi'an bandar lama sejarah Xi'an China destinasi pelancongan percutian Terracotta Warriors kemodenan tamadun Cina muzium makanan Muslim Laluan Sutera
Normala Hamzah in Selera & Santai 6 days ago

Video| Makan tupai goreng berempah! Ramai tanya halal ke? Apa kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan?

Makanan masakan eksotik tupai goreng berempah haiwan perosak halal haram dimakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan keliru perdebatan hukum hakam ulama agama
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 week ago

Video| Apa hal gaduh-gaduh! Resipi nasi goreng cili kering okey! Tapi makan dengan tangan? Salah ke?

Video tular nasi goreng cili kering makan dengan tangan makan guna tangan perdebatan resipi masakan makanan Hamdan Mubarak sudu garfu
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Santai Pancing Port Dickson 2024! Pertandingan pancing tawar hadiah berjumlah RM28,800! 17 Feb 2024!

Santai Pancing Port Dickson 2024 kaki pancing joran pertandingan memancing Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Pantai Cahaya Negeri santai ekopelancongan
Editor 2 in Selera & Santai 3 weeks ago