Selera & Santai 31 Oct, 2023

Terbaiklah Arniezal Arneysa! Dulu jual petai! Kini buka Warung Pokok Petai! Ada lebih 65 jenis lauk!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this



Bermula dengan menjual petai di Kuala Perlis dari rumah ke rumah dan menjadi pembekal petai di gerai-gerai dan restoran makanan, kini Arniezal Arneysa Azizan, 39, anak jati Kuala Perlis membuka Warung Pokok Petai, Kuala Perlis yang menyajikan masakan lebih daripada 65 jenis lauk.

Bapa kepada empat orang anak ini menceritakan kisahnya bermula dengan menjual petai yang diambil daripada pembekal negeri ini dan Kedah.

“Memandangkan petai menjadi kegemaran penduduk di sini saya terpaksa mendapatkan bekalan sehingga ke sempadan Kedah di Baling terutama semasa COVID-19,” sambungnya.


Arniezal Arneysa bersama isterinya di Warung Pokok Petai, Kuala Perlis, Perlis.

Petai ikan bakar antara menu yang menjadi tarikan. 


Ketika COVID-19 terutama, permintaan petai amat tinggi kerana ia mempunyai pelbagai khasiat antaranya mencegah anemia, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan pencernaan, mengatasi depresi dan lain-lain.

Arniezal menambah walaupun makan petai ini berbau tetapi permintaannya tinggi kerana ada yang menjadikannya sebagai ulam dalam makanan harian mereka.

“Tidak hairanlah ada yang orang yang pantang nampak petai, terus terbuka selera walaupun sekadar cicah dengan sambal belacan, cencaluk atau budu,” ujarnya lagi.


Arniezal Arneysa Azizan (tiga dari kanan) bersama pekerjanya.


Setelah 16 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan ikan bakar bermula dari 2006 hingga 2021 di pesisiran pantai Kuala Perlis, kini dia membuka perniagaan sendiri dengan menyediakan masakan lebih daripada 65 jenis termasuk ikan bakar, ulam-ulaman dan lauk-lauk lain.

Menceritakan mengenai harga petai dia menambah, dulu harganya boleh dapat dalam RM50 untuk 100 keping mengikut gred tetapi kini harganya lebih mahal.

Walaupun harga petai mahal, namun Arniezal tetap akan mendapatkan daripada pembekal supaya tidak mengecewakan pengunjung warungnya itu.


Antara pelanggan yang menjamu selera di warungnya.

Perniagaannya yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang itu juga bersedia menerima tempahan daripada penduduk sekitar negeri ini.

“Saya membuka warung ini pada mulanya bersama isteri dan kini dibantu oleh 11 pekerja terdiri daripada keluarga dan mereka yang pernah bersama-samanya saya,” ujarnya lagi.

Memandangkan ada dalam kalangan pengunjung warungnya berharap Warung Pokok Petai ini di francais seperti jenama makanan lain, dia akan cuba sekiranya ada yang berminat untuk berbincang dengannya. 

Mereka boleh menghubungi Arniezal Arneysa melalui talian 0175176367 untuk keterangan lanjut nanti. - KitaReporters


Pelbagai jenis masakan yang disediakan di Warung Pokok Petai.

Antara pengunjung warung ini yang tinggal dari luar Kuala Perlis datang untuk merasakan masakannya.

12
13
0
11
0
You will be interested