Hanya berumpankan cacing, Norizam Md Sidek, 26, seorang juruukur dari Seremban mencuri tumpuan apabila muncul juara Cabaran Ngail Nismilan 2025 selepas menaikkan ikan keli seberat 1.580 kilogram pada jam 11.54 pagi dalam pertandingan yang berlangsung meriah di Tasik Seremban pada Ahad, 3 Ogos 2025.
“Saya tak sangka akan menang. Ikan itu pun saya rasa tak sampai tiga kilogram. Saya hanya nak belajar dengan kawan-kawan dan berseronok,” katanya selepas menerima hadiah.
Program ini bertujuan merancakkan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti dan rekreasi luar bandar di Negeri Sembilan.
“Kami pada awalnya menyasarkan sekitar 700 penyertaan, tetapi kehadiran melebihi 1,000 peserta membuktikan minat mendalam rakyat terhadap aktiviti santai seperti memancing, lebih-lebih lagi di lokasi cantik dan mudah diakses seperti Tasik Seremban,” katanya.

Siri ini akan menjadi antara program utama pelancongan negeri sempena TMNS 2026, dan berperanan memperkenal memancing sebagai tarikan baharu pelancongan negeri.

Selain hadiah utama, dua peserta bertuah turut membawa pulang kepingan emas menerusi cabutan bertuah.
Penganjuran ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dan gaya hidup sihat, malah membuka peluang ekonomi kepada peniaga tempatan serta menambah daya tarikan pelancongan Negeri Sembilan menjelang 2026. - KitaReporters