Selera & Santai 23 Apr, 2022

Nak gi shopping raya? Pusing Selangor Dulu! Ada ketujuh lokasi tumpuan beli belah persiapan raya!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


MASA untuk membeli-belah telah tiba – ia satu perkara yang sering dilakukan sempena bulan Syawal yang menjelang tiba. 

Negeri Selangor yang memang terkenal sebagai syurga beli-belah merupakan destinasi terbaik bagi mendapatkan barangan keperluan lebaran anda seperti hiasan rumah dan tentunya baju raya! 

Terdapat pelbagai jualan, diskaun dan promosi yang ditawarkan kepada orang ramai untuk membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan kepada penduduk setempat pada musim perayaan tahun ini. 

#PusingSelangorDulu ketujuh lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi memeriahkan lebaran anda! 


1. Kompleks PKNS Shah Alam 

Kompleks PKNS Shah Alam merupakan sebuah pusat beli-belah yang terkenal di Shah Alam dan masyarakat sekitar. Setiap hujung minggu, ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam datang ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli-belah dan menjamu selera. 

Sebagai Pusat beli-belah pertama di Shah Alam, ia kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular. Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan yang juga menjimatkan kos. Terdapat pelbagai kedai yang tersedia, termasuk butik fesyen, restoran, kedai elektronik dan mudah alih, dan lain-lain. 

Tentunya ianya sebuah lokasi  yang sesuai untuk anda berbelanja! 

Alamat : Persiaran Tasik, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor. 


2. SACC Mall, Shah Alam 

SACC Mall, terletak di Pusat Bandar Shah Alam adalah sebuah 'Neighbourhood Mall' yang membawa kelainan yang tersendiri.

Melangkah ke dalam Pusat Beli-belah ini pasti memberikan keseronokan untuk seisi keluarga. Ia adalah syurga membeli-belah di mana jenama tempatan dan antarabangsa banyak ditawarkan di sini.  

SACC Mall ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pembeli, dengan gabungan kedai yang menarik yang menawarkan pelbagai pilihan dan harga. Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama. 

Terdapat juga pelbagai pilihan restoran yang menyajikan masakan domestik dan antarabangsa untuk anda menikmati hidangan selepas seharian membeli-belah! 

Alamat : Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. 


3. Bangi Sentral 

Bangi Central ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Bandar Baru Bangi. Hab perniagaan ini terkenal sebagai pusat perniagaan di bandar ini yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan. 

Dalam 80-unit kedai di sini, kebanyakannya adalah restoran dan butik fesyen! Majoriti perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk tempatan juga boleh didapati di kawasan ini. 

Alamat : Jalan Medan Pusat Bandar 6A 43650 Bangi, Selangor. 


4. GM Klang Wholesale City 

GM Klang Wholesale City mempunyai lebih 2,500 kedai, menyediakan jualan borong dan runcit yang tiada tandingan. 

Ia juga sebuah pusat perdagangan serantau, dengan deretan restoran dan kedai makan, serta dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk anda membeli-belah pada musim perayaan ini! 

GM Klang Wholesale City menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori IT, mainan, dan banyak lagi. 

Satu lagi komponen khusus di sini ialah Zon Jenama Malaysia; sebuah presint yang direka dengan cantik yang mempamerkan fesyen, aksesori, makanan dan kraftangan keluaran tempatan. 

Alamat : GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital 41200 Klang, Selangor. 


5. Melawati Mall 

Pusat beli-belah gaya hidup seluas 620,000 kaki persegi, dengan lebih 200 kedai runcit  tersebar dengan lapan tingkat premis runcit dan 1,900 tempat letak kereta ini menjadi destinasi membeli-belah yang popular saban tahun. 

Iaa menyediakan gabungan ideal fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan, konsep rumah dan gaya hidup serta pilihan tempat makan yang pelbagai.  

Pelbagai jenama utama di pusat beli-belah ini telah disusun rapi untuk memberikan pengunjung sebuah pengalaman beli-belah, hiburan serta seleksi makanan yang terbaik. 

Alamat : Melawati Mall, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, Selangor. 


6. Seksyen 7, Shah Alam 

Fesyen Muslimah semakin popular, dan koleksi busana Muslimah sering mendapat sambutan para penggemar fesyen Muslimah dan orang ramai. 

Seksyen 7, Shah Alam menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenama dan butik fesyen menjual fesyen Muslimah yang menawan dan berkualiti tinggi seperti jenama Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi. Penggemar fesyen Muslimah pasti rambang mata apabila berkunjung ke sini! 

Alamat : Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 


7. The Curve, Mutiara Damansara 

Lebih 200 perniagaan runcit dan 60 perniagaan makanan tersedia di The Curve, Mutiara Damansara. 

Terdapat banyak pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan kanak-kanak, buku, kelengkapan rumah, barang kemas, aksesori, serta outlet makanan dan minuman. 

The Curve ialah tempat permulaan membeli-belah sehenti anda, dengan pilihan butik fesyen moden, deretan gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan, serta pembekal kelengkapan rumah bagi mempersiapkan anda untuk musim lebaran ini! 

Alamat : 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor. 



Bawa keluarga anda ke membeli-belah di 7 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi mendapatkan barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri anda, dalam penuh keselesaan. 

Dari baju raya, barangan kelengkapan rumah, perkhidmatan penjagaan diri, aksesori, sehingga ke biskut raya boleh didapati kesemuanya di satu lokasi sahaja! Tentunya ia menjimatkan masa anda sekeluarga! Jadi apa tunggu lagi? 

#PusingSelangorDulu bersempena musim lebaran ini, namun jangan lupa mempraktikkan SOP pencegahan penyebaran virus Covid-19 demi kesejahteraan bersama! - KitaReporters


12
12
0
9
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago