Selera & Santai 16 Oct, 2021

Nak bercuti? Pusing Selangor Dulu! Tebus baucar pelancongan! Tengok 5 tempat pilihan pengunjung

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this


Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam.  - Kredit foto:  Zatylyaya


Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ada sudah lama menunggu untuk balik kampung, ada yang tidak sabar nak pergi berjalan-jalan makan angin. Ada tidak sabar nak beraktiviti dan berekreasi. Dengan kadar 90 peratus vaksinasi lengkap dua dos bagi kumpulan dewasa, maka rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan. 

"Jadi, esok (11 Oktober) bebaslah dan inilah yang ditunggu-tunggu masyarakat. Rakyat Malaysia sudah boleh melakukan pergerakan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media khas pada 10 Oktober 2021.

Jelas Perdana Menteri lagi, aktiviti pelancongan juga dibenarkan selari dengan kebenaran untuk merentas negeri. Bukan saja dalam kalangan pengguna kegembiraan, malah pengusaha pun. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelancongan


Negeri Selangor telah menghangatkan suasana industri dengan mengeluarkan senarai jenis tempat tumpuan orang ramai bercuti, sejak Sambutan Hari Malaysia Ke-58, pada September 2021 lalu lagi.

Maka, jom kita tinjau seleksi tempat tumpuan rakyat berbilang kaum yang ada di Selangor.

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, yang mana keharmonian dan keamanan dikecapi pada hari ini disebabkan sikap tanggungjawab dan toleransi yang telah lama dipraktikkan oleh semua kaum. 

Tourism Selangor menyenaraikan jenis-jenis tempat tumpuan di Negeri Selangor yang digemari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

1. Tempat Pemandangan Cantik

Tempat pemandangan indah, Pantai Remis. - Kredit foto - Umar .Yasir1


Siapa saja tidak suka pemandangan indah dan cantik kan? Negeri Selangor juga ada banyak tempat tumpuan yang menawarkan pemandangan indah. Ada di antaranya sangat sesuai dijadikan tempat penggambaran atau beristirahat bersama keluarga dan kenalan. 

Tempat pemandangan indah di sekitar Negeri Selangor berkonsep alam semula jadi, mahupun jenis buatan manusia yang boleh lawati seperti Sky Mirror Kuala Selangor, i-City Shah Alam, Pekan Sekinchan, Sabak Bernam dan juga Ardence Lab Eco Ardence, Setia Alam.

2. Tempat Makan

Tempat makan, Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam. - Kredit foto: Aisyafrump


Ada yang lebih mengutamakan tempat makan.  Antara tempat tumpuan makan terkenal dalam kalangan semua bangsa di Selangor adalah Kopitiam seperti Chong Kok Kopitiam dan Ali Ah Hock dan Muthu Kopitiam, serta tempat makan durian seperti Durian SS2 dan Durianity. Selain oleh singgah di SS15, Subang Jaya iaitu salah satu syurga makanan di Negeri Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan tempat makan seperti Nomms, Jibril dan Gold Chili.

3. Pantai dan Taman

Taman Tasik Cyberjaya. - Kredit foto: Heartshots


Taman riadah di Negeri Selangor kebanyakannya menawarkan pemandangan indah dengan kemudahan mencukupi. Selain daripada taman, pantai juga lokasi sesuai dilawati semua lapisan masyarakat. Pantai dan taman menarik di Negeri Selangor termasuk Pantai Remis, Pantai Morib, Taman Botani Negara Shah Alam dan Taman Tasik Cyberjaya.

4. Mendaki

Bukit Broga tempat aktiviti mendaki


Aktiviti mendaki juga kegemaran ramai. Ia satu aktiviti yang mampu membantu seseorang mendapatkan fizikal dan mental sihat kerana kegiatannya memerlukan kecekalan minda dan ketahanan badan. 

Antara tempat yang bukan sahaja menyediakan trek mendaki yang mencabar malah menawarkan pemandangan memikat. Antaranya, Bukit Broga dan Bukit Kutu. Namun, terdapat beberapa lokasi pendakian di Negeri Selangor memerlukan permohonan permit.

5. Sukan

Tempat aktiviti sukan lasak, white water rafting Hulu Selangor. - Kredit foto: Ainamariah


Aktiviti sukan boleh meningkatkan semangat toleransi dan kerjasama antara peserta. Tempat aktiviti sukan yang luar biasa meliputi penyedia perkhidmatan White Water Rafting di Sungai Selangor, Skytrex Adventure Sg Congkak, dan District21.



Bermula 13 Ogos sehingga 16 September 2021 lalu lagi, Tourism Selangor telah menyemarakkan semangat nasionalisme dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64, dan seterusnya, Hari Malaysia ke-58. Dan tempat-tempat menarik disarankan itu, sentiasa menunggu pengunjung.

Namun, perlu diingat, rakyat teruslah amal dan patuhi langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara untuk membendung penularan wabak Covid-19. Ikuti SOP seperti memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan sosial di mana sahaja anda berada.

Untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke tempat tumpuan di Negeri Selangor, ikuti kemaskini akaun rasmi media sosial Tourism Selangor termasuk di Instagram Twitter, Facebook, TikTok dan juga Saluran YouTube, atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Penduduk Selangor boleh memanfaatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang dilancar 1 Oktober 2021.  Baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai RM100 itu hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee, untuk kegunaan penginapan hotel, taman tema dan inap desa (rumah inap) berlesen. - KitaReporters


16
10
0
11
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago