Selera & Santai 30 Oct, 2020

Restoran Wow! Order roti canai joget kambing, black pepper!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MENYAJIKAN sesuatu makanan yang enak serta menyedapkan untuk dinikmati setiap pelangannya adalah menjadi idaman para pengusaha makanan ataupun pemilik kedai makan. Dan dalam dunia gila medsos (media sosial) ini, diharapkan akan menjadi tular dalam kalangan netizen. : KitaReporters  


ROSLAN Abd Ghani memegang roti canai joget kambing bersama isterinya, Zuriati Adam dengan aksinya roti canai black pepper joget kambing di Restoran Wow Roti Canai, Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan restoran:

https://kitareporters.com/search?search=restoran


Apatah lagi setiap makanan jenama yang sama dihasilkan itu tetapi ia berbeza cita rasanya dan lebih sedap berbanding makanan orang lain, selain makanan itu juga mempunyai resepi yang tersendiri dapat memikat selera orang ramai sudah pasti menyeronokkan empunya makanan. 


DUA orang pekerja Restoran Wow Roti Canai sedang menebar roti canai


SEORANG pekerja menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan di Restoran Wow Roti Canai Sungai Tarom, Bandar Permaisuri. 


Kalaulah sebelum ini anda biasa mendengari pelbagai jenama roti canai termasuk roti canai tisu, roti canai ular, roti canai sangkar dan bermacam lagi jenis roti itu mengikut kebolehan masing-masing yang dijual di merata tempat di negara kita . 

Namun di sebalik nama roti canai seumpama itu, masih terdapat banyak lagi nama roti lain termasuk roti canai joget kambing yang dijual dengan RM12 dan roti canai black pepper (RM6) yang kini ternyata mendapat sambutan hangat dijual di Restoran Wow Roti Canai milik Roslan Abd Ghani, 33.  


Roti canai sarang burung berharga RM5


Selain menjual dua jenis roti berkenaan, Restoran Wow Roti Canai yang terletak di tepi jalan di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu juga menjual roti canai telur double RM3, roti canai telur cheese RM5, roti planta RM2, roti boom RM2, roti nutella RM4, roti nutella cheese RM6, roti tisu RM2, roti sarang burung RM5, roti tisu coklat RM5, roti black pepper cheese RM12 dan roti joget RM5. 

Pendek kata, bagi peminat makanan yang diperbuat daripada tepung gandum itu boleh menikmati pelbagai jenis serta cita rasa roti canai yang disajikan di Restoran Wow yan beroperasi setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam. 


SITI Maisyarah Aziz menunjukan roti canai joget kambing berharga RM12. 


Roti canai black pepper berharga RM6


Ketika ditemui pada 26 Oktober 202 lalu, Roslan memberitahu, roti black pepper diperbuat daripada daging, sayur, sos, mayo dan kuah black pepper, manakala roti joget kambing pula bahannya ialah daging kambing, kacang dal, sambal bilis dan 2 biji  telur masak separuh.

Beliau berkata, daripada 20 jenis roti canai lain yang terdapat di restorannya hanya roti joget kambing dan roti black pepper yang menjadi pilihan utama pelangannya ketika ini. 

``Roti lain laris juga tetapi ia tidak sama dengan dua jenis roti  itu yang paling laris sekali sehingga purata dalam masa setiap hari saya boleh jual antara 150 biji hingga 200 biji. 

``Kebanyakan orang ramai terutama dari daerah Setiu apabila datang ke restoran saya biasa mereka akan memesan roti dua jenis itu dan kemungkinan  mereka tertarik dengan bahan-bahan di dalam roti itu begitu menyelerakan mereka," katanya yang perniagaannya turut dibantu oleh isterinya, Zuriati Adam, 33, serta mempunyai 20 pekerjanya.


ROSLAN ABD GHANI


Sebelum ini Roslan yang mempunyai dua orang anak pernah menumpang di kedai orang lain semata-mata untuk menjual roti canai kerana sewaktu itu beliau tidak mempunyai kedai sendiri.

Selama enam tahun  Roslan yang berasal dari Felda Kerteh 5, Dungun, Terengganu menyewa di tepi tiga buah kedai orang lain sekitar Bandar Permaisuri untuk menebar roti canai bagi menyara kehidupan keluarganya sebelum dia mengusahakan Restoran Wow  pada awal Ogos 2019. 

Melalui pengalamannya susah senang menumpang orang lain itu menyebabkan beliau beralih arah bagi menyewa sebuah restoran agar sepasang suami isteri itu dapat memberi perhatian sepenuh masa terhadap perniagaan yang kini menjadi nadi utama pendapatan mereka.


 

Roti canai tisu coklat RM5


 O


Selain menjual roti canai berkenaan, Restoran Wow Roti Canai yang terletak di sebelah kanan jalan menghala ke Bandar Permaisuri itu  juga juga menyediakan nasi goreng kampung RM5, nasi goreng ikan masin RM6, nasi goreng daging merah RM7, nasi goreng USA RM7.50, nasi goreng paprik RM7, nasi goreng puttar RM10.90 dan char kuetiau RM6.

Turut yang ada makanan lain di situ ialah kuetiau ladna RM6, tomyam RM7, tomyam seafood RM7.50, telur bungkus RM6, mi goreng udang RM7, kerabu perut RM7, sup ekor RM10, sup perut RM7 dan sup tulang RM8.


Nasi minyak ayam goreng RM6



Roslan memberitahu, restorannya menyediakan pelbagai jenis atau jenama roti canai antara lain untuk menarik perhatian orang ramai merasai menu-menu makanan itu yang diciptanya  sendiri. 

``Jikalau saya menjual roti canai setakat roti telur, roti biasa dan roti sardin sahaja kemungkinan sambutan orang ramai terhadap restoran ini tidak seperti hari  ini kerana banyak lagi kedai lain  yang menjual roti canai  di kawasan ini. 

``Sebab itu saya ubah corak perniagaan saya agak kelainan sedikit dengan menyediakan resepi lain untuk roti canai itu dan sekarang ini saya amat bersyukur dengan sambutan orang ramai terhadap restoran saya,’’ ujarnya. 

Anda yang ingin mencuba pelbagai resepi roti canai yang disediakan bolehlah berkunjung ke Restoran Wow Roti Canai ataupun sebarang tempahan bolehlah menghubungi Roslan melalui talian 0197125810. - KitaReporters



PENGUNJUNG yang datang waktu malam untuk menjamu selera di Restoran Wow.


SEBAHAGIAN pekerjanya bergambar di hadapan Restoran Wow Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu.

14
1
0
0
0
You will be interested