Selera & Santai 11 Nov, 2020

Tutup operasi! McDonald’s, KFC, Pizza Hut Indonesia tenat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19 terutama dalam sektor ekonomi. Ramai yang hilang pekerjaan apabila syarikat tempat mereka bekerja terpaksa gulung tikar. Baik syarikat besar dan gah mahupun kecil, semuanya terkesan. Itulah yang terjadi kepada restoran makanan segera terkenal di negara jiran, Indonesia seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan lain-lain. : KitaReporters

Restoran McDonald's Indonesia berdepan masalah kewangan berikutan COVID-19. - Kredit foto-foto: CNBC Indonesia


Lagi kisah-kisah berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Bayangkan tiga nama gah seluruh dunia ini turut terkesan apatah lagi syarikat yang kecil dan baru membina nama. Sejak virus COVID-19 melanda dunia, ketiga-tiga nama besar ini bekerja keras untuk bertahan di Indonesia.

Namun apakan daya tekanan ekonomi yang merudum sudah tidak tertanggung lagi. Tekanan datang berterusan sehingga akhirnya tiada pilihan lain selain mengalah.



Lapor portal CNBC Indonesia, tekanan yang dihadapi pihak pengurusan restoran makan segera tersebut sangat besar sehingga memaksa mereka membuat keputusan untuk menutup operasi.

Sebelum ini, McDonald’s di cawangan Pantai Kuta, Bali telah menutup operasinya pada 19 September 2020 lalu akibat kerugian yang ditanggung kerana ketiadaan pelancong ke sana.

Hal itu membuatkan mereka tidak mampu untuk membayar tunjangan hari raya (THR) atau dalam bahasa Melayu bermaksud elaun atau bonus hari raya kepada pekerja dan jalan terbaik adalah menutup operasi.


Restoran KFC satu-satunya restoran yang masih belum melunaskan tunggakan elaun atau bonus hari raya. - Kredit foto: CNBC Indonesia


THR adalah elaun yang wajib dibayar oleh majikan kepada pekerja atau keluarganya menjelang sambutan hari keagamaan di Indonesia. THR ini wajib dibayar dan paling lambat tujuh hari sebelum sambutan hari keagamaan.

Hari keagamaan yang dimaksudkan ialah Hari Raya Aidilfitri buat pekerja beragama Islam, Hari Krismas untuk penganut Kristian dan lain-lain.

Menurut Pengarah Kesatuan Pekerja Indonesia, Anthony Matondang, setakat ini restoran KFC satu-satunya yang masih belum melunaskan tunggakan THR.

"Pelan pembayaran THR pada awalnya dirancang pada bulan Mei, Jun atau Julai tetapi tidak berlaku. Ia ditangguhkan sehingga bulan Ogos. Ia masih belum dibayar," jelasnya kepada media pada 9 November 2020 baru-baru ini.

Namun, restoran Pizza Hut adalah salah satu yang paling teruk terkesan dek wabak COVID-19. Di Indonesia, restoran ini menduduki rating paling tinggi berbanding restoran piza jenama lain yang ada di sana.


Pizza Hut paling teruk terjejas walaupun berada di kedudukan teratas restoran piza di Indonesia. - Kredit foto: CNBC Indonesia 


Bayangkan, walaupun berada di tempat teratas, ia tetap goyah dek penangan virus berbahaya ini.

Berbeza di Malaysia, ketiga-tiga restoran ini masih utuh dan bertahan. Malah, ada sahaja promosi dilakukan untuk menarik perhatian orang ramai. Lagipun di Malaysia, persaingan antara restoran makanan segera tidaklah terlalu sengit. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested