ADA sesetengah orang, kedekut untuk berkongsi resipi masakan atas alasan resipi keluarga atau rahsia terutamanya peniaga. Namun, ada juga yang suka berkongsi resipi untuk dicuba bersama-sama. Pasti anda pernah mendengar pepatah berbunyi āorang tamak selalu rugiā. Tapi bagaimana dengan orang yang tidak tamak dan kedekut?? Kita harap rezekinya semakin murah!! : KitaReporters
Benar, begitulah yang dialami seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jmaolla (Saya Jual Kayman Tau). Wanita ini juga seorang peniaga kek dan roti secara dalam talian.
Kemurahan hatinya berkongsi resipi aiskrim Milo mendapat perhatian para netizen yang mengulang kicau ciapan tersebut lebih 25,000 kali.
Menurut wanita yang berpangkalan di Pasir Gudang, Johor ini, dia mendapat inspirasi daripada aiskrim Milo yang dijual di kedai.
Hanya menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah, dia mengajak orang ramai turut mencuba resipi yang dikongsinya itu.
Bukan sahaja mudah, namun kos membuatnya juga murah!
āMenjadi juga aiskrim homemade aku ni. Inspired from aiskrim Milo. Senang, barang semua ada kat rumah, modal tak sampai RM5 kot. Sebab ada yang tanya, resipi kita kongsi kat sini,ā tulisnya.
Berikutan itu, ramai yang teruja untuk mencuba resipi yang dikongsi itu.
Malah, pelbagai soalan turut ditanya.
Antara netizen yang teruja untuk mencuba resipi yang dikongsi.
Jadi, bertambah lagi resipi yang anda semua boleh cuba sepanjang berada di rumah sepanjang tempoh PKP yang kini memasuki Fasa 4 dari 29 April hingga 12 Mei 2020.
Pastinya, anak-anak menggemari aiskrim Milo ini. Selamat mencuba! - KitaReporters