Selera & Santai 19 Jan, 2022

Video| Roti canai terbang! Lelaki tebar roti canai dengan gaya, stail tersendiri! Putar sama dia!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


ROTI canai adalah makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia dan ia tidak hanya dimakan untuk sarapan pagi malahan dijamah hampir setiap waktu termasuk petang dan malam.

Namun bukan mudah untuk kita menyediakan atau menebar roti canai kerana memerlukan kemahiran serta pengalaman kerana jika tidak roti canai dihasilkan akan koyak serta tidak menjadi. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan roti canai


Baru-baru ini tular dalam TikTok video seorang pemuda menebar roti canai dengan sangat hebat sehingga menarik perhatian netizen yang menonton video ini.

Video berkenaan dikongsikan @mohdaiman2351 dan bukan biasa-biasa cara tebaran pemuda berkenaan penuh dengan gaya tersendiri, boleh kalah mamak buat roti canai setiap hari.



Sementara itu, rata-rata warganet yang menonton video berkenaan memuji skil pemuda tersebut yang disifatkan mereka cukup hebat serta luar biasa.

Kalau penulis, silap haribulan roti canai melekat di dinding! - KitaReporters




20
10
0
10
0
You will be interested