Selera & Santai 13 Dec, 2025

Awas! Lima makanan viral 2025 ini tak bagus untuk kesihatan! Banyak kalori dan berlebihan gula! - PHM

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Malaysia mewah dengan makanan baik hasil tempatan atau dari luar negara. Hendak makan apa sahaja boleh dinikmati asalkan punya wang. 

Sedang di sejumlah negara, penduduknya sukar menikmati makanan enak kerana masalah dalam negara atau hambatan kewangan.



Dengan kewujudan media sosial yang semakin meluas, ia memudahkan lagi untuk mempromosi makanan dan tempat makan tertentu. 

Ia mendorong sejumlah individu mencipta menu baharu. Semakin ditular (viral) akan semakin popular jenis makanan itu.

Masyarakat kini teruja untuk mengetahui dan merasai makanan yang tular. Malah tidak kurang yang menyesal setelah mendapati makanan yang tular itu tidak seenak seperti yang didakwa.

Dan apa yang dikesal ialah kebanyakan peminat makanan tular tidak menyedari ia boleh menjejas kesihatan kerana banyak mengandungi bahan tidak baik untuk kesihatan.

Dalam bidang kesihatan, kilokalori (kcal) ialah unit ukuran untuk tenaga yang diperoleh daripada makanan dan minuman, dan juga tenaga yang dibakar oleh badan untuk semua fungsi seperti bernafas, bergerak, dan mengekalkan suhu badan; ia penting untuk pengurusan berat badan.

Sehubungan itu, Public Health Malaysia (PHM) menasihati orang awam agar bijak mengawal pengambilan makanan yang seimbang bagi mencegah sebarang penyakit.



PHM merupakan platform advokasi yang komited mempromosikan kesihatan dengan pendekatan yang lebih mesra dan dekat di hati masyarakat.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, PHM menegur dengan keras pengambilan lima menu paling popular yang dianggap sebagai ‘reward’, namun memiliki kandungan kalori dan gula yang sangat tinggi. 

Tambah PHB, walaupun makanan itu kelihatan menarik secara visual namun ia memberikan kesan yang buruk terhadap tubuh badan. 

Menu-menu itu adalah Nasi Lemak Tomahawk, Pistachio Kunafa, Cake In Bowl, Ayam Kepok dan Air Macha.



Nasi lemak Tomahawk mempunyai kalori sangat tinggi (boleh mencecah 1,500-2,000 kcal). Pistachio Kunafa dalam kategori kalori tinggi (700-1,000 kcal sepotong) dan kandungan gula sangat tinggi.

Sementara Cake In Bowl mempunyai kalori tinggi 500-900 kcal, bergantung topping dan kandungan gula tinggi.

Ayam Kepok pula mengandungi kalori sederhana tinggi (450-700 kcl ikut ayam dan sambal) namun kandungan gula rendah.

Air Macha menjadi antara minuman yang menjadi minat ramai. Ia diletak dalam kalori sederhana dengan 180-350 kcal. Dan mempunyai kandungan gula tinggi dengan tambahan gula, susu pekat dan  susu penuh krim.  

Setelah mengetahui peringatan PHM,  jika hendak menikmati menu yang tular, harap jangan ambil berlebihan demi menjaga kesihatan. - KitaReporters


7
16
0
7
0
You will be interested