Selera & Santai 11 May, 2023

Cafe Allid’s berkonsep Santai Rahmah! Tawar hidangan menarik pada harga murah tetapi menyelerakan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MELANGKAH  masuk ke Allid’s Cafe yang terletak di Taman Merdeka Jaya, Melaka seolah-olah tidak yakin cafe yang gah dan cantik itu yang terletak di tengah Melaka yang menjadi tumpuan pelancong turut menghidangkan Menu Rahmah.

Menariknya, hidangan yang juga menjadi sinonim dengan Melaka iaitu hidangan asam pedas turut ‘wujud’ di cafe milik dua adik beradik.

Berkongsi cerita, pemiliknya Mohd Khalid Abdul Rahman yang mengusahakan perniagaan bersama adiknya, Ahmad Nasaruddin  berkata, niatnya bukan hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi turut membantu golongan B40.

Akui Mohd Khalid berkata, restoran berkonsep Santai  Rahmah itu menyediakan pelbagai hidangan dengan tawaran harga RM2.50 hingga RM8.50 untuk makanan utama.




Bekas pekerja swasta yang kini berusia 60 tahun itu berkata, setiap hari Jumaat mereka mengambil berkat dengan menyediakan hidangan asam pedas pari atau kembung dengan harga RM5 yang ditawarkan bersama minuman.

“Kami mahu ‘lari’ dari konsep biasa kafe yang dikaitkan dengan harga yang mahal tetapi tidak di Cafe Allid’s, yang turut mampu dinikmati semua golongan termasuk B40,” kongsinya ketika ditemui sempena  pembukaan rasmi Allid's Cafe di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka, baru-baru ini. 

Berkongsi cerita mengenai pembukaan restoran miliknya, Mohd Khalid berkata, dia bersama adiknya membelanjakan hampir RM70,00 untuk merealisasikan impian membuka restoran berkenaan.

Malah pengalaman selama  lebih 12 tahun dalam dunia masakan melibatkan katering membuatkan dua beradik itu yakin mampu memberikan hidangan menyelerakan kepada pelanggan.



Kini dibantu dengan enam pekerja dan dirinya sendiri turun padang untuk menyediakan menu di restorannya membuatkan dia yakin hidangannya mampu memenuhi selera pelanggan.

Selain hidangan rasmi asam pedas yang sinonim dengan negeri Hang Tuah adik beradik ini juga turut menghidangkan menu-menu istimewa lain termasuklah pelbagai pilihan pastri, roti, nasi lemak berlauk, laksa nyonya, lontong serta mi dan bihun goreng.

Bukan itu sahaja hidangan Barat juga turut disediakan termasuk menawarkan nasi ayam penyet presto selain spageti dan roti yang dihasilkan di dapur sendiri dengan bantuan enam orang pekerja.



Kini Mohd Khalid sedang  berusaha mempelbagaikan hidangan lain termasuk mendapatkan barista dalam menyediakan minuman kopi yang boleh memenuhi selera penggemar kopi.

Ditanya mengenai perancangan, Mohd Khalid berkata, dia berhasrat untuk membuka cawangannya di Sendayan.

Namun tidak mahu tergopoh-gopoh sebaliknya mahu memastikan perniagaan di lokasi tumpuan ramai lebih stabil sebelum membuka cawangan baharunya.



“Dengan izin-Nya, saya berharap setelah setahun beroperasi semoga Allid’s Cafe mampu membuka cawangannya di Sendayan, Negeri Sembilan.

“Saya yakin kalau kita berusaha tanpa mengenal erti lelah tidak ada sesuatu yang mustahil.” kongsinya.

Bagi anda yang ingin menikmati menu hidangan istimewa Allid’s Cafe boleh membuat pesanan melalui IG: allidsbakery, FB: Allid’s atau WhatsApp 010-6018181. - KItaReporters


15
8
0
13
0
You will be interested

Video| Peniaga minuman takut letak air di dalam tumbler? Apa alasannya? Saiz yang berbeza-beza?

Kenapa peniaga air takut letak air dalam tumbler yang dibawa pelanggan? Mungkin ini jawapannya.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Bestnya! Iftar di kawasan sawah padi! 100 pesawah Hulu Besut hadir Majlis Berbuka Puasa Baroh!

KETIKA sebahagian umat Islam di negara ini mengadakan iftar Ramadan di tempat-te
Mohammad Ishak in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Dilarang guna stapler! Penjual tepung pelita kongsi cara baharu! Tapi tetap guna daun pisang!

Larangan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan makanan tidak menjadi masalah buat peniaga kuih tepung pelita.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Yang nak dibeli tauhu bergedel! Tapi yang dapat tauhupap! Pembeli geram peniaga tidak jujur!

Seorang wanita melepaskan geram kerana tauhu bergedel yang dibelinya tidak seperti yang diharap.
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 1 month ago