Selera & Santai 27 Aug, 2023

Tambang penerbangan hebat, murah menerusi Agoda! KB ke KL! KL ke Singapura! KL ke Sydney, Australia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Dalam mendepani kemelut inflasi, para pelancong seantero dunia sentiasa mencari tawaran terbaik yang tersedia. 

Bagi memudahkan para pelancong mendapatkan tawaran sedemikian, platform pelancongan digital Agoda berkongsi laluan penerbangan termurah yang telah ditempah oleh para pelancong dari Malaysia menerusi platform Agoda pada awal Ogos. 

Dengan adanya ribuan laluan penerbangan dari Malaysia untuk dipilih di Agoda, para pelancong dari Korea mempunyai akses kepada tambang yang bermula serendah RM42. 

Tambang penerbangan termurah Malaysia telah menduduki tempat ketiga di antara 10 pasaran Asia Pasifik bagi tambang penerbangan domestik terendah. 

Thailand dan Filipina berkongsi tempat pertama – masing-masing menawarkan harga penerbangan domestik bernilai RM37.

Dalam peringkat serantau, Malaysia menduduki tempat pertama dengan tambang penerbangan ke Singapura bernilai RM56. 

Laluan penerbangan Kuala Lumpur – Sydney, yang merupakan penerbangan termurah dari Malaysia dalam ranking antara benua, menduduki tempat ke-6 dengan harga tempahan RM934. 

Warga India menikmati tambang penerbangan antara benua yang paling berpatutan di mana penerbangan dari Delhi ke Dubai boleh didapati pada harga RM418 sahaja. 

Menurut Pengarah Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson: “Adalah hebat melihat para pelancong menemukan tawaran penerbangan yang menakjubkan di Agoda. 

"Tawaran sebegini membuktikan bahawa adanya promosi hebat yang boleh didapati sekiranya anda bersedia untuk bersifat fleksibel dengan syarikat penerbangan, laluan dan masa penerbangan. 

"Harga tambang sudah tentu akan berubah seiring dengan peningkatan dalam permintaan, dan kami berusaha untuk membantu anda mendapatkan harga terbaik pada bila-bila masa sahaja anda bersedia untuk menaiki penerbangan, baik penerbangan domestik, serantau, mahupun merentas benua.”



Tambang penerbangan paling berpatutan dari Malaysia:

Domestik: Kota Bharu (KBR) -> Kuala Lumpur (KUL), RM42

Laluan penerbangan domestik termurah yang ditempah di Malaysia berlepas dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Destinasi penerbangan tersebut ialah Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. 

Penerbangan ini, dengan tempoh sekitar 70 minit, telah ditempah sekitar awal bulan Ogos 2023 ini dengan harga RM42 sahaja, menjadikannya antara penerbangan termurah yang telah ditempah menerusi platform Agoda. 

Serantau: Kuala Lumpur (KUL) -> Singapura (SIN), RM56

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura telah ditempah dengan  harga sekitar RM56 sahaja. 

Negara jiran, Singapura yang terkenal dengan persekitaran yang bersih, pengangkutan awam yang efisien dan pelbagai tarikan lain hanyalah sejarak penerbangan berdurasi 70 minit.

Antara benua: Kuala Lumpur (KUL) -> Sydney (SYD), RM934

Dari Opera House dan Harbour Bridge yang terkenal di seluruh dunia hingga ke Blue Mountains dan Pantai Bondi… ramai akan bersetuju bahawa Sydney adalah antara destinasi terbaik untuk menikmati pengalaman di Australia. 

Penerbangan selama 8 jam dari Kuala Lumpur ke Sydney telah ditempah pada awal bulan Ogos 2023 ini dengan hanya RM934.

Agoda telah mengambil kira tambang keseluruhan bagi setiap penumpang, termasuk cukai dan caj tambahan, di sepuluh pasaran merentasi Asia Pasifik. Tambang-tambang ini merupakan tambang termurah yang didapati daripada tempahan sebenar melalui platform Agoda dari 1 Ogos hingga 14 Ogos 2023 bagi perjalanan sekitar September dan Oktober tahun ini (2023). - KitaReporters/Kenyataan Media

11
10
0
14
0
You will be interested

Lawatan sosial PPKM Besut! 40 ahli naik kereta api ke Bangkok! Makam malam atas kapal di Chao Phraya!

PERJALANAN menggunakan perkhidmatan kereta api ekspres dari SungaiGolok,Selatan

Video| Rugi jika tak kunjungi Rumah Botol Ayah Ku! Ribuan botol dikutip demi jaga kebersihan pantai!

KAMPUNG Penarik terletak di persisiran  pantai Pantai Teregganu, menjadi tumpu
Mohammad Ishak in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Di sebalik sejarah, kemodenan Xi'an menyerlah! Antara bandar menarik di China perlu dilawati!

Wilayah Xi'an bandar lama sejarah Xi'an China destinasi pelancongan percutian Terracotta Warriors kemodenan tamadun Cina muzium makanan Muslim Laluan Sutera
Normala Hamzah in Selera & Santai 2 weeks ago

Video| Makan tupai goreng berempah! Ramai tanya halal ke? Apa kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan?

Makanan masakan eksotik tupai goreng berempah haiwan perosak halal haram dimakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan keliru perdebatan hukum hakam ulama agama
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago

Video| Apa hal gaduh-gaduh! Resipi nasi goreng cili kering okey! Tapi makan dengan tangan? Salah ke?

Video tular nasi goreng cili kering makan dengan tangan makan guna tangan perdebatan resipi masakan makanan Hamdan Mubarak sudu garfu
Zul Akmar Jamaludin in Selera & Santai 3 weeks ago