Selera & Santai 28 Dec, 2025

Perlu imej baharu! Jambatan tertua di Malaysia kena diperindah, dicantikkan! Terus tarik pelancong!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

 

Jambatan Victoria (Victoria Bridge) menjadi salah satu mercu tanda bersejarah yang terletak di Karai, dekat Kuala Kangsar, Perak.

Jambatan tertua di Malaysia ini dibina antara tahun 1897 sehingga 1900 merentasi Sungai Perak bagi menghubungkan laluan kereta api antara Sungai Siput dan Kuala Kangsar.


Jambatan Victoria dibina antara tahun 1897 sehingga 1900 merentasi Sungai Perak bagi menghubungkan laluan kereta api di antara Sungai Siput dan Kuala Kangsar. 


Catatan sejarah menunjukkan jambatan sepanjang 351 meter dibina menggunakan rasuk keluli serta tapak konkrit sedalam enam meter dan disokong oleh enam tiang setinggi dua belas meter dari paras sungai Perak.

Kos pembinaan jambatan ini ialah RM325,000. Jambatan yang  terletak kira-kira sembilan kilometer dari bandar diraja Kuala Kangsar menjadi tumpuan pengunjung termasuk pelancong dalam dan luar negara.

Jambatan ini dinamakan sempena nama pemerintah Empayar British ketika itu iaitu Ratu Victoria.

Jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada 21 Mac 1900.


Sekumpulan pelajar tidak melepaskan peluang untuk melawat Jamabatan Victoria di Karai.

Tinjauan yang dibuat mendapati jambatan itu perlu dicat semula bagi memastikan ia lebih menarik dan keceriaan kepada pelancong kerana ia merupakan salah satu produk pelancongan menarik tinggalan sejarah di Perak.

Warna asal jambatan itu juga didapati semakin pudar yang boleh menjejaskan imej jambatan bersejarah yang begitu unit.

Seorang pengunjung dari Ipoh, Amran Hamid, 40, berkata, jambatan bersejarah ini perlu diperindah tanpa menjejaskan keasliannya.

“Kalau boleh ia perlu dicat semula supaya warnanya tetap menarik apabila pelancong datang melawat kawasan ini manakala tulisan pada papan tanda di dinding jambatan itu juga perlu dibersihkan supaya tulisannya boleh nampak dengan jelas.

"Tumbuhan di bawah kawasan jambatan itu juga perlu dibersihkan supaya ia nampak cantik,” katanya ketika ditemui di pekan Karai pada 28 Disember 2025.


Pemandangan Jambatan Victoria dari depan menunjukkan binaan batu bata yang begitu unit, namun keadaan tumbuhan yang tidak dibersihkan boleh menjejaskan imej jambatan. 

Suri rumah Hanisah Khamis, 34, pula berkata, jambatan bersejarah ini hendaklah diindahkan dengan imej yang baharu supaya cat yang sedia ada tidak luntur.

“Jambatan peninggalan British ini boleh menjadi lebih menarik apabila ada usaha untuk meningkatkan keindahannya dengan warna yang menarik,” katanya yang mahukan perhatian serius diberikan kepada produk pelancongan bersejarah ini.

Sementara itu, Karai adalah sebuah pekan perlombongan arang batu pada suatu masa dahulu terus menjadi tumpuan pengunjung sebelum mereka melawat jambatan tersebut.

Tinjauan juga mendapati deretan rumah kedai masih mempunyai pemiliknya sedang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di situ, sekali gus menjadikan pekan itu terus mendapat pengunjung. -Kitareporters

6
13
0
8
0
You will be interested