BILA menikmati hidangan di kedai makan bersama rakan-rakan, kita memilih untuk duduk di luar kerana inginkan suasana yang lebih tenang dan ketika berborak tidaklah menggangu orang yang sedang makan di dalam kedai tersebut.
Namun jika makan di luar, satulah kekurangannya jika hujan turun secara tiba-tiba, maka kita perlu beralih mencari tempat teduh dan perlu mengangkut makanan yang sedang dimakan tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kedai-kedai makan
Tular sebuah video dalam TikTok memaparkan sekumpulan lelaki dilihat sedang melepak sambil menikmati makanan dalam hujan lebat namun tidak berganjak walaupun hujan turun dengan sangat lebat.
Menerusi video tersebut dilihat sekumpulan lelaki sedang makan di kedai tom yam tetapi mereka telah membuat cabaran siapa yang bangun dia yang kena bayar untuk semua orang yang makan.
Jadinya semua orang khusyuk menghabiskan makanan tersebut dalam keadaan yang basah lencun kerana cabaran yang diberikan itu.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut geli hati kerana melihat telatah sekumpulan sekumpulan lelaki ini yang dilihat basah kuyup sambil menikmati makanan dengan selambanya.
Aduilah, kalau kita ni tak selera dah nak makan kerana nasi dah basah semua. - KitaReporters