Selera & Santai 15 Feb, 2024

Video| Rugi jika tak kunjungi Rumah Botol Ayah Ku! Ribuan botol dikutip demi jaga kebersihan pantai!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

 



KAMPUNG Penarik terletak di pesisiran pantai pantai Teregganu, menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja kerana keindahan pantai dan panorama menarik waktu pagi dan senja, malah ia menjadi pilihan pengunjung kerana terdapat gerai menjual makanan laut terutama ikan dan sotong celup tepung yang menjadi kegemaran penduduk negeri ini.

Satu lagi produk pelancong yang menjadi tumpuan ialah Rumah Botol yang menjadi galeri simpanan pelbagai jenis botol kaca.

Rumah Botol milik individu  yang dibina oleh Tengku Mohd Ali Tengku Mansor, 75, di Kampung Penarik, Setiu, yang menyimpan pelbagai jenis botol yang dikutip di pantai berhampiran rumah tersebut.



Warga emas itu pada mulanya menjadikan aktiviti mengutip botol yang banyak terdampar di pesisiran pantai sebagai hobi kemudian menjadikan sebuah rumah sebagai galeri simpanan botol kaca. 

Pengunjung boleh berkunjung ke rumah tersebut dari Kuala Terengganu menggunakan laluan pantai dengan mengambil masa kira-kir 50 minit perjalanan dengan kereta untuk sampai ke destinasi. 

Niat murni seorang warga emas tersebut yang mula mengutip botol-botol kaca di pesisiran pantai bagi mengelakkan botol-botol berkenaan dipecahkan dan mencederakan pengunjung ke pantai, akhirnya kini berjaya mengumpulkan lebih 7,000 koleksi botol.


Sebahagian koleksi pelbgai jenis boto;l beraneka warna


Rumah Botol merupakan sebuah galeri persendirian yang dibina oleh pemiliknya atau dikenali juga dengan panggilan Ayah Ku.

Idea pembinaan Rumah Botol tersebut telah dicadangkan oleh isteri Ayah Ku, Jamaliah Kamarudin, 64, selepas suaminya sering membawa pulang koleksi-koleksi botol tersebut ke rumah mereka.

Beliau meluahkan rasa bangga kerana niat awal suaminya yang hanya ingin memelihara dan memulihara kawasan pantai setempat serta menjaga keselamatan orang awam kini bertukar sebagai salah satu daya penarik buat industri pelancongan tempatan.



Menurut Ayah Ku, setiap botol mempunyai cerita yang tersendiri. Salah satu cerita menarik yang sempat dikongsi oleh Ayah Ku adalah mengenai salah satu botol daripada koleksinya yang berisi surat tulisan bahasa Korea.

Botol tersebut dipercayai telah hanyut di lautan lebih kurang 15 tahun. Ketika galeri itu dikunjungi salah seorang pelancong Korea, beliau telah membantu Ayah Ku menterjemah salah satu pesanan ringkas di dalam sebuah botol yang berbunyi: “Kepada sesiapa yang menemui surat ini, tolong doakan perkahwinan kami direstui keluarga.”



Melihat dari luar, pengunjung pasti teruja dengan pemandangan galeri Ayah Ku kerana bangunannya berwarna-warni yang membuatkan kawasan galeri ini kelihatan seperti ‘memanggil-manggil’!

Dengan koleksi botol yang aneka ragam dan warna, ditambah pula dengan bangunan galeri yang dicat persis warna pelangi secara tidak langsung membuatkan kawasan Rumah Botol mempunyai daya pemukau tersendiri!

Rugi rasanya kalau dah singgah sini tanpa berfoto kerana lokasinya sangat indah.


Ayah Ku menunjukkn antara botol yang disimpan


Dengan jumlah botol yang dapat kita lihat di Rumah Botol Ayah Ku itu menunjukkan masih banyak sampah yang dibuang di merata tempat. Jadi pastikan anda menjaga kebersihan tempat-tempat pelancongan supaya ia dapat dihayati dan dirasai generasi akan datang dan pelancong tempatan serta luar negara!

Kerajaan Terengganu, sudah memberi pengiktirafan kepada perkampung tersebut sebagai perkampungan pelancongan di negeri itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata pengiktirafan itu amat kena pada tempatnya kerana daerah Setiu sememangnya mempunyai banyak menyimpan khazanah sejarah dan budaya. - KitaReporters


Alamat:

Rumah Botol Ayah Ku

Jalan Penarik-Mangkuk, Kampung Penarik

21010 Setiu Terengganu

Tel: 013-3990996


8
17
1
8
0
You will be interested