Selera & Santai 18 Feb, 2021

Botol kicap pecah masa dihantar ke Jepun! Habhal's ganti yang baharu! Hantar seri kaya sekali

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RAKYAT Malaysia dan kicap memang tak dapat dipisahkan. Andai anda ingin menikmati telur goreng dengan nasi putih sahaja pun dah cukup enak dimakan ketika lapar.

Siapa tak gemar kicap Habhal’s Cap Kipas Udang? Sejak kita dari kecil lagi, ibu-ibu kita telah membeli kicap jenama ini.

Di mana sahaja kita berada di seluruh dunia, pasti rakyat Malaysia dan kicap tidak dapat dipisahkan dan akan membawa botol kicap ini. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan masakan:

https://kitareporters.com/search?search=masakan



Menurut perkongsian daripada seorang gadis @minaaazaini dalam Twitter, ahli keluarganya telah menghantar botol kicap kepada sepupunya yang berada di Jepun.

Namun setibanya kicap itu di negara matahari terbit itu, botol kicap tersebut telah pecah dan ahli keluarganya bertindak membuat aduan kepada syarikat Cap Kipas Udang bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Namun, siapa sangka ada hikmah di sebalik kejadian tersebut dan aduan yang dibuat.




"Pada mulanya, mak ciknya telah menghantar kicap kegemaran sepupunya di Jepun. Pada penghantaran yang pertama botol kicap tersebut pecah dan barang lain okay diterima sepupunya. 

"Abang saya tinggal di sana, sampai sahaja kicap itu disana, habis tinggal 1/4 sahaja isinya. Kesian abang saya, dia sejak kecil lagi setia dengan kicap cap kipas udang ini. Botolnya pecah.

"Adik sepupu saya telah menghantar pesanan ringkas ke Pihak Cap Kipas Udang dan tidak menyangka pihak tersebut akan membuat ganti rugi dengan menghantar kicap serta kaya ke Jepun."



Ternyata pihak Cap Kipas Udang mendengar luahan tersebut lalu memberi ganti rugi botol kicap dan juga seri kaya untuk dinikmati sepupunya.

Jadi kepada anda semua, pasti setiap daripada kita mempunyai kenangan bersama kicap yang kita makan sejak dari kecil, jom kongsikan dalam ruangan komen. - KitaReporters


0
3
0
0
0
You will be interested