Selera & Santai 16 Jun, 2020

Banyak lipas! Kotor, berdaki! DBKL arah kilang tauhu ditutup

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

MENJIJIKKAN!!! Itulah perkataan yang boleh digambarkan apabila melihat tahap kebersihan sebuah kilang memproses tauhu. Apabila disebut tauhu, pasti ramai menggemari makanan yang dibuat daripada kacang soya itu. Pelbagai jenis masakan boleh dibuat menggunakan tauhu. Tauhu begedil dah jadi trendy sekarang!! : KitaReporters

Tauhu begedil. - Gambar hiasan


Antara yang paling popular ialah tauhu sumbat dan tauhu begedil. Namun, pernah tak anda melihat atau tahu bagaimana tauhu dihasilkan? 

Mungkin ramai yang tidak pernah dan tahu bagaimana ia dihasilkan. 

Tauhu adalah makanan berasal dari China namun sangat popular di Malaysia. Tauhu pertama kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu.

Makanan ini dibawa oleh para perantau China dan akhirnya tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara seterusnya ke seluruh dunia.

Di Malaysia, banyak kilang menghasilkan tauhu. Namun, pendedahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Facebook rasmi mereka terhadap sebuah kilang pemprosesan tauhu mungkin menyebabkan tekak anda berasa loya.


Apakan tidak, keadaan kilang tersebut yang kotor dan menjijikkan pasti akan mengundang rasa geli serta loya sesiapa sahaja yang melihatnya.

Menurut DBKL, mereka mengadakan pemeriksaan sanitasi dan mendapati kilang tersebut tidak menepati tahap kebersihan yang disyorkan.


Keadaan kilang dan para pekerja yang tidak menepati tahap kebersihan.


Justeru, DBKL telah mengarahkan kilang tersebut ditutup!! 

Dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook, DBKL mendakwa premis berkenaan berada dalam keadaan kotor serta terdapat urungan lipas.

“Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:

Terdapat urungan lipas, lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam. Tandas berbau dan berdaki, pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan dan tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual,” tulis kenyataan tersebut.

Berikutan itu, kilang tersebut diarahkan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuat kuasa 16 Jun 2020.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, anda boleh melihat sendiri bagaimana kotor dan jijiknya premis berkenaan.

Rata-rata netizen berasa loya dan berterima kasih kepada DBKL kerana berjaya mengesan premis-premis makanan yang kotor. - KitaReporters

Terdapat urungan lipas yang sangat menjijikkan.

0
3
2
0
3
You will be interested