Selera & Santai 08 Dec, 2022

Video| Adui mak! Kembang tekak nak makan! Tengok tema makanan macam tahi! Siap duduk atas jamban!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


ZAMAN sekarang ini semua jenis makanan yang unik dan pelik-pelik berjaya dicipta untuk diambil gambar atau menjadi Instagramable dalam media sosial masing-masing.

Tetapi baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pelanggan yang bercuti di Taiwan mencuba menu yang sangat unik sehingga mencetus komen ramai netizen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan-makanan


Apa tidaknya beliau dilihat mencuba makanan yang dilihat berbentuk najis di sebuah restoran di sana iaitu Moden Toilet Restaurant.

Bukan itu sahaja, kafe itu turut mencipta tempat duduk menggunakan jamban duduk dan makanan di sana pula dihias berbentuk najis.



Makanan berbentuk najis ini dapat dilihat dalam video pemuda ini iaitu roti, ais krim dan macam-macam lagi. Ini membuatkan ramai netizen kembang tekak dan geli untuk menikmati makanan tersebut.



Rata-rata netizen berpendapat, sesedap mana makanan tersebut mereka tidak akan menikmatinya kerana nak telan macam susah sangat rasanya. - KitaReporters


13
6
0
10
1
You will be interested