Selera & Santai 05 Jan, 2024

Video| Biar betul! Selamba je ratah sayur sawi mentah! Tak pahit ke? Aksi mukbang tarik perhatian!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kalau sudah namanya penggemar sayur-sayuran, berilah apa jua jenis pasti akan dimakannya. Tidak kira pahit, kelat atau masam, semua dibedal. 

Ada dua cara untuk makan sayur iaitu dimasak atau mentah. Kalau dalam kalangan orang Melayu, sayur mentah kebiasaannya dipanggil ulam.

Antara sayur yang menjadi ulam ialah ulam raja, daun pegaga, kacang boto, cekur, daun kaduk, pucuk gajus dan lain-lain lagi.

Namun, jarang sekali sayur sawi dimakan mentah atau dibuat ulam. Kebiasaannya sawi akan dimasak atau dicampur ke dalam mi goreng.


Jenis-jenis sawi. - Kredit foto: Google Image


Sawi juga mempunyai beberapa jenis iaitu sawi putih, sawi Jepun, sawi hijau, sawi bunga dan sawi pahit. Terpulang kepada diri masing-masing yang mana satu menjadi kegemaran.

Bagaimanapun aksi seorang pengguna TikTok bernama Sufia Johari atau dipanggil Cik Pia yang membuat mukbang meratah sawi menarik perhatian netizen. Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia sedang menikmati sayur sawi mentah tanpa sebarang makanan sampingan seperti sos, nasi atau sambal. 

“Saya belum sempat nak makan mukbang setalam macam dulu-dulu. Rindukan?” tulisnya.



Kalau diperhatikan betul-betul, kelihatan sawi yang dimakan itu sama ada sawi hijau atau pahit. Justeru, tidak hairanlah ia mengundang persepsi dan persoalan daripada netizen.

Menurut Cik Pia dalam video tersebut, dia memang gemarkan sayur-sayuran dan menjelaskan sawi yang dimakannya itu begitu juicy. Jelas kedengaran bunyi rangup saat dia menggigit batang sawi tersebut.




“Kita makan bahagian hijau daun je. Wajib masak. Belum pernah nampak orang makan batang sawi macam ni. Orang dah biasa boleh kot,” tulis salah seorang netizen.

Selain itu, tidak semua netizen beranggapan memakan sawi mentah sesuatu yang pelik. Menurut seorang netizen, ia bergantung kepada selera masing-masing. 

“Aku pernah makan mentah macam dia makan. Sedap weh serius. Tak payah pelik sangatlah kenapa dia makan mentah. Selera orang lain-lain,” tulisnya.




Manakala ada juga yang berpendapat, sayur yang dimakan mentah lebih berzat berbanding dimasak. 

Apapun, tidak kira sama ada mentah atau dimasak, yang penting sayur-sayuran yang mahu dimakan perlulah dibasuh bersih terlebih dahulu. - KitaReporters


15
14
0
11
0
You will be interested