Selera & Santai 28 May, 2024

Kembara Kasih Mahabbah 42 orang Johor ke Kedah dan Perlis! Penat tapi berbaloi! Habis semua diborong!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Menaiki kereta api melusuri ladang mangga Harumanis menyeronokkan.
Nikmati jus Harumanis sambil melawat ladang di Perlis.

Seramai 42 orang dari Batu Pahat, Johor mengadakan lawatan Kembara Kasih Mahabbah ke Kedah dan Perlis pada 24 Mei hingga 26 Mei 2024.

Pepatah ‘Jauh perjalanan luas pemandangan’ memberi seribu satu kenangan kepada mereka sepanjang perjalanan dari Johor ke utara tanah air ini.

Ketua rombongan Asmah Kasim berkata, walaupun sejauh 1,120 kilometer perjalanan pergi dan balik, namun pengisian program dan acara yang cukup padat mengembirakan anak bangsa Johor ini.


Menaiki bas dari Johor ke Perlis dan Kedah sempena cuti sekolah.

“Ada yang pertama kali memijak ke negeri Perlis teruja dengan keindahan dan kekayaan di negeri yang yang popular dengan pengeluaran Harumanis,” katanya lagi.

Mereka bukan sahaja makan, minum dan merasakan mangga Harumanis malah membeli untuk dibawa ke kampung nanti.

Manakala Padang Besar yang begitu sinonim dengan sempadan Thailand turut dikunjungi sehingga tidak tahu apa yang nak dibeli kerana terlalu banyak pilihan dihati.


Beli harum manis dari ladang Perlis untuk balik ke Johor.

Selepas seharian di negeri Perlis pada sebelah petangnya bas terus memecut ke Kedah dan singgah di Pusat Pengumpulan Produk Industri Asas Tani (IAT) daerah Baling dan menyerbu pula ke Zainal Food yang menjual kerepek dan makanan sejuk beku yang dihasilkan oleh orang kampung.

“Sedap dan banyak pilihan sampai tak cukup tangan nak bawa adalah antara kara-kata yang kedengaran ketika ahli rombongan ini menyerbu masuk ke Zainal Food,” ujarnya lagi.

Dalam kepenatan itu, mereta terus ke Teratak Merah Sedim yang jauh daripada hiruk pikuk bandar orang Kedah bagi merasai kehidupan alam semula jadi ciptaan Yang Esa pula.


Gudang Kerepek di Sungai Petani jadi tumpuan rombongan ini.
Pelbagai jenis kerepek dan makanan sejuk beku yang dihasilkan orang kampung di  Zainal Food jadi tumpuan.

Kesemua ini dirancang dan dikendalikan oleh anak muda dari Johor, Mohd Azwan Fathullah, alumni mahasiswa dalam bidang Sains Multimedia daripada sebuah universiti di utara tanah air.

Bekas Presiden Kolej Kediaman pada 2014 sehingga 2017 itu menggunakan pengalamannya ketika menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam menguruskan program-program berkaitan kembara ini.

Bagi mereka yang ingin menjadi usahawan, menjalankan program motivasi dan sebagainya boleh menghubungi beliau menerusi talian 0197989039 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters


Wah beruntungnya dah beli kerepek dapat hadiah cabutan bertuah pula di Zainal Food.
Berehat sekejap selepas penat berjalan.

14
13
0
16
0
You will be interested