Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 14 September 2023
Hari ini (14 September 2023) saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Parlimen, yang sebelum ini dikenali sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR).
Antara perkara penting yang diputuskan atau secara prinsip dipersetujui secara bersama adalah penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dengan mewujudkan parameter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada badan awam dan Kerajaan.
Mesyuarat juga mengambil maklum tentang 18 resolusi hasil daripada dua sesi Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan 2023 yang mengemukakan syor-syor penambahbaikan dari sudut perundangan dan dasar berkaitan tatakelola, integriti serta antirasuah.
Kerajaan akan terus melaksanakan usaha-usaha pemerkasaan tatakelola baik bagi menyokong pembangunan negara selaras hasrat untuk membangunkan Malaysia Madani.
Tags:
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#integriti
#rasuah
#kemampanan
#antirasuah
#pemerkasaan
#Malaysia Madani
#Madani
#tatakelola
#Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN)
#Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR)
#Mesyuarat JKKTN
#Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan