KEMENTERIAN Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu, 8 Mac 2023 mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.
Kementerian itu menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat umrah
“Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi Nusuk atau Tawakkalna dengan syarat pemohon dalam status bebas jangkitan COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit COVID-19,” maklumnya.
Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan. - KitaReporters
Tags: