Politik & Negara 09 Dec, 2025

KDN Prihatin, kita prihatin! Perumahan, kebajikan anggota polis diutamakan! Asas keselamatan negara!

Share this

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus melaksanakan reformasi besar bagi memastikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat perlindungan, sokongan dan kemudahan terbaik.


Di bawah konsep KDN Prihatin, kebajikan dan keselamatan anggota PDRM diutamakan.


 

Konsep KDN Prihatin, di bawah menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kementerian itu komited memastikan setiap anggota keselamatan dilengkapi kemudahan perumahan, kebajikan dan keselamatan yang memenuhi standard moden.

Antara inisiatif yang telah dan akan diambil ialah pelbagai pemerkasaan kebajikan PDRM termasuklah pembinaan kuarters baharu berskala besar yang dibangunkan mengikut piawaian perumahan moden demi keselesaan anggota dan keluarga.

Selain itu, kuarters lama anggota akan dinaik taraf secara berfasa-fasa agar setiap keluarga anggota menikmati penempatan yang lebih selesa, selamat dan kondusif. 

Sebanyak 62,760 unit kuarters yang akan disiapkan bagi tempoh 2025-2030 termasuklah permohonan tambahan 16,830 unit kuarters yang telah dibawa oleh PDRM kepada ICU, Jabatan Perdana Menteri dengan anggaran kos RM3.158 bilion adalah suatu lonjakan besar untuk kesejahteraan warga PDRM.



Saifuddin ada berkata, "menjaga kebajikan anggota PDRM adalah asas kepada keselamatan negara.

Wira kita mesti dilindungi, dihargai dan diperkasakan.”
"Ini kerana pengorbanan anggota PDRM yang berkhidmat siang dan malam demi keselamatan negara sentiasa dihargai. 

"Usaha pemerkasaan kebajikan ini adalah bukti komitmen menyeluruh KDN untuk memastikan setiap anggota dilindungi, diperkasa dan diangkat sebagai tulang belakang ketenteraman negara."

KDN Prihatin memastikan kebajikan dan keselamatan anggota polis adalah tanggungjawab bersama.

Manakala Menteri Dalam Negeri pula komited dalam memacu pembaharuan kebajikan PDRM untuk memperkukuh keselamatan nasional, meningkatkan standard kehidupan anggota, memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada wira barisan hadapan dan memastikan keluarga anggota hidup lebih sejahtera dan selamat. - KitaReporters


15
5
0
14
0
You will be interested