Politik & Negara 12 Feb, 2026

Persepsi bertambah baik! Indeks Persepsi Rasuah Malaysia melonjak 3 anak tangga! Dari 57 ke 54! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bertambah baik pada kedudukan 54 pada tahun 2025, membaiki tiga anak tangga dari kedudukan 57 pada tahun 2024.



"Alhamdulillah, kedudukan Malaysia dalam CPI dunia melonjak ke kedudukan 54, mencerminkan usaha Kerajaan Madani memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara.

"Peningkatan ini antaranya didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas SPRM, PDRM, LHDN dan JKDM, termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam," jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index atau CPI) adalah indeks tahunan yang dikeluarkan semenjak 1995, oleh Transparency International (Badan Ketelusan Antarabangsa atau TI). 

Pertubuhan ini menyusun senarai negara mengikut "darjah di mana rasuah ini dianggap wujud dalam kalangan pegawai-pegawai dan ahli politik awam".



Beliau berkata, Kerajaan Madani juga tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan. 

"Tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang," jelasnya.

Kata beliau, pencapaian ini juga adalah peringatan untuk semua menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahan. - KitaReporters/Kenyataan Media


16
18
0
12
0
You will be interested