Politik & Negara 02 Mar, 2026

Madani prihatin! Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam, pesara! Sasar wujudkan 500 kampung angkat!

Share this

Sememangnya kerajaan Madani senantiasa peduli dan amat menghargai jasa dan pengorbanan yang dibuat oleh penjawat awam.


RM500 untuk penjawat awam pada 13 Mac 2026

Yang terkini ialah pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang akan dikreditkan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mac 2026.

Manakala penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan turut menerima sumbangan sebanyak RM500.


RM250 untuk pesara kerajaan dan veteran berpencen serta tidak berpencen turut diberi perhatian oleh kerajaan Madani.

Selain itu kerajaan Madani turut memberikan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpenceñ.

Sumbangan ini memperlihat keprihatinan kerajaan Madani dalam memastikan kesejahteraan  penjawat awam  dan pesara senantiasa terpelihàra khususnya menjelangnya lebaran yang akan tiba tidak berapa lama lagi.


Sejumlah 43 Kampung Angkat Madani (KAM) direalisasikan pada tahun 2024 dan 219 buah KAM pada tahun 2025.

Sementara itu, inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Madani bagi merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui Kampung Angkat MADANI (KAM) amat disanjung dan dimanfaatkan secara total.

Pelaksanaan KAM turut melibatkan kementerian dan agensi bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti luar bandar secara menyeluruh dan mampan.

Dengan sasaran sebanyak 500 KAM bagi tahun 2026, pelbagai kemudahan asas seperti jalan, lampu, bekalan air dan internet dapat disediakan demi kesejahteraan rakyat.

Ia turut merangkumi menaik taraf jalan kampung, jambatan dan titi, pemasangan lampu jalan dan solar, bekalan air, menaik taraf dewan orang ramai serta taman permainan.



Selain itu, ia juga melibatkan pembaikan rumah ibadah mahupun dewan dan projek kebun komuniti.

Walaupun 500 buah KAM disasarkan bagi tahun 2026, sebanyak 219 KAM telah pun berjaya direalisasikan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta dan sebanyak 43 KAM telah menjadi realiti bagi  tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM107 juta. - KitaReporters

7
10
0
16
0
You will be interested