Politik & Negara 31 Jan, 2026

Syabas MBMB, MITC! Menang anugerah pelancongan ASEAN! Tahniah IKIMfm! Catat rekod siaran radio Islam!

Share this

Syabas dan tahniah kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Melaka International Trade Centre (MITC) kerana telah berjaya menobatkan nama Malaysia sebagai penerima '5th ASEAN Clean Tourist City Award' (ACTC) dan '5th ASEAN MICE Venue Award (Meeting Room Category)' di bawah kategori ASEAN Tourism Standards (Piawaian Pelancongan ASEAN) 2026-2027.


Syabas dan tahniah kepada MBMB kerana berjaya dinobatkan terbaik pada peringkat ASEAN.

ASEAN Clean Tourist City Award ialah Anugerah Bandar Pelancong Bersih ASEAN, manakala ASEAN MICE Venue Award (Meeting Room Category) ialah Anugerah Tempat MICE ASEAN (kategori Bilik Mesyuarat). MICE pula ialah Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions iaitu Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran.

Anugerah sempena ASEAN Tourism Forum (Forum Pelancongan ASEAN atau ATF) 2026 tersebut telah diterima pada 30 Januari 2026 di Cebu, Filipina dan merupakan anugerah berprestij pada peringkat ASEAN terhadap pematuhan standard pelancongan serta keupayaan fasiliti MICE bertaraf antarabangsa yang memenuhi piawaian ASEAN bagi tempoh 2026 hingga 2027.

Kejayaan MBMB membuktikan kesungguhan dalam menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang bersih, selamat dan mampan.


Anugerah yang berjaya diterima di Cebu, Filipina.

Manakala pengiktirafan MITC pula mengukuhkan lagi kedudukan sebagai destinasi penganjuran mesyuarat, persidangan, pameran pada peringkat serantau.

Pengiktirafan tersebut berganda sekali gus melonjakkan nama negara sehingga ke persada antarabangsa. 


Wakil negara yang menerima pengiktirafan berprestij di Filipina pada 30 Januari 2026.

Tahniah juga kepada Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia  atau IKIMfm kerana telah berjaya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Siaran Radio Islamik pada Ketinggian Tertinggi dari bangunan pencakar langit iaitu dari Menara Merdeka pada ketinggian 437.7 meter dari paras laut.


Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pencapaian penting pada peringkat nasional dengan siaran radio Islamik pada ketinggian 437.7 meter.

Kejayaan ini membuktikan peranan stesen radio IKIMfm sebagai perintis penyiaran radio Islam di Malaysia serta komitmennya terhadap inovasi dalam penyampaian dakwah dan komunikasi awam.

Selain kejayaan teknikal, siaran ini turut melambangkan aspirasi untuk mengangkat kefahaman Islam melalui penggunaan infrastruktur moden, sejajar dengan misi IKIMfm dalam menyampaikan kandungan yang berilmiah, berinformasi serta memberi nilai kepada masyarakat. - KitaReporters


Rekod terbaharu pencapaian siaran dari pencakar langit dari Tingkat 92 Menara Merdeka 118 pada ketinggian 437.7 meter.

22
13
0
12
0
You will be interested